Model Baru

Assalamualaikum & salam sejahtera
Selamat bercuti semua sempena hari Pertabalan yang Di Pertuan Agong Malaysia ke-15. Tapi bagi yang kena kerja macam saya, kita kerjalah ye ... overtime kan ..
Minggu ni kerja shift malam, jadi OT pun malam lah. OT kali ni nak kena siapkan model baru. Malam ni yang kerja pun memang tak ramai. Dari 10 line, line saya je jalan khas utk model baru .. 1 line je operasi.

"DiGi WWWOW Awards 2012 Nuffnang Blogger Of The Year | Kempen Mialiana.com - Peserta Kempen"

 "DiGi WWWOW Awards 2012 Nuffnang Blogger Of The Year |  Kempen Mialiana.com - Peserta Kempen"

Assalamualaikum & salam sejahtera
Entri kali ini khas untuk kempen  DiGi WWWOW Awards 2012 Nuffnang Blogger Of The Year bagi menyokong serta mengundi Laman Mialiana.com.

Man Utd menang lagi

Assalamualaikum & salam sejahtera
Yes! Yes! Yes! ... kali ni Man Utd mengalahkan QPR dengan keputusan 2-0. Gol-gol Man Utd dijaringkan oleh Rooney (penalti) minit ke-15 dan Schole minit ke 68. Kemenangan ini terus mengukuhkan Man Utd dipersada liga dengan kelebihan 8 mata dihadapan Man City yang kalah kepada Arsenal 1-0 hasil jaringan gol dari Arteta pada minit ke-87. Glory ... Glory ... Man Utd

Terung Pipit atau cepokak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Alahai terung pipit ... nasib baik la kau senang dicari hari ni. Tengahari tadi tiba2 wife bagi tau, bang jom kita pergi cari cepokak. Rasa nak makan la. Terung pipit dalam bahasa jawa cepokak la ... 
Ops! Terus fikir mana nak cari ni. Semalam wife suruh beli ikan tongkol je kat pasar malam. Punya banyak ikan, ikan tongkol boleh tak ada.
Tu lah ... betul juga apa yg orang kata, kalau isteri mengandung minta sesuatu, yang biasa2 je pun cari boleh takde.
Lepas zohor keluar la dengan wife. Alhamdulillah hari ni cari terus jumpa. Wife ajak pergi Central Mart kat Saujana Utama, dia nak cari barang sikit. Kat Central Mart tu pun ada jual barang basah, pergi kat situ terus je jumpa. Nasib baik la ada banyak kat situ.

Selangor benam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera
Yes! Yes! Yes! .... Selangor membenam Terengganu 6 -1 pada game kali ni (7/4/2012). Harapan agar Selangor terus mengekalkan momentum kemenangan seperti ini. Tahniah buat Irfan Bakti serta pemain2 pasukan Selangor. Gol2 Selangor dijaringkan oleh Basko Balaban(1), Amri Yahya(2), Solihin(1), Shafiq Rahim(1) dan Fahrimi(1) VIVA .. VIVA .. VIVA SELANGOR

Nasi goreng & sup ...


Assalamualaikum & salam sejahtera
Penat ... badan letih, muka pun dah sembab & mata pun dah kuyu. Hari ni balik kerja lambat. Bila dh lambat & penat, memang la tak larat nak masak dah.
Wife memang kat rumah je tak kerja pun. Masalahnya bila dia pregnant ni tak boleh nak masak. Alahan bau masa masak.
Fikir banyak takde, on the way balik rumah call wife ajak gi dinner kat luar. Makan malam kat restoren la.

LHDN sasar RM110 Billion tahun ini

Assalamualaikum & salam sejahtera
LHDN sasar RM110 Billion pungutan cukai tahun ini. Ok ... agak2 banyak tak RM110 Billion tu. memang teramat banyak la kan. Tu la dia sasaran LHDN untuk tahun ni, maknanya pungutan cukai untuk tahun 2011 la tu.
Mengikut Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar, penerimaan kutipan cukai tahunan kira2 50% daripada Syarikat, 25% daripada Petroleum, 17% daripada Individu & selebihnya daripada bentuk cukai lain.

Man Utd di persada liga

Assalamualaikum & salam sejahtera
Yes !!!! Man utd menang lagi ... Kali ni kalahkan Blackburn Rovers pulak. Dalam game ni Blackburn mengamalkan corak permainan bertahan yg menyukarkan Man Utd utk menjaringkan gol. Gol akhirnya berjaya dijaringkan oleh Antonio Valencia pd minit ke-82 dan Ashley Young pd minit ke-86. Kemenangan ini meletakkan Man Utd menerajui liga dng kelebihan 5 mata meninggalkan pencabar terdekat Man City ....
 Glory .. Glory Man Utd

Harga Petrol Ron97 naik 10sen



Terkini berita daripada Berita Harian online mengesahkan Harga petrol RON97 naik 10 sen kepada RM2.90 seliter berkuatkuasa 12 malam ini (4/4/2012), kata Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia. - Bernama


Published with Blogger-droid v2.0.4

4 sekeluarga ditahan tonton lumba haram

Assalamualaikum & salam sejahtera
Ape cerita ni .. macam2 kan. Kisahnya si bapa menunaikan permintaan anaknya untuk menonton lumba haram. Jadi pergilah si bapa bersama isteri & 2 anaknya yg berusia 12 & 19 thn menonton lumba haram.
Nak buat camne nasib tak baik, kebetulan ada operasi polis & tertangkaplah mereka 4 sekeluarga.  Bila disoal polis kenapa mereka ada disana jawabnya anaknya nak tengok lumba haram tu. Kejadian ni kat kawasan tol Skudai, JB. Mereka di lepaskan selepas soal siasat dijalankan.
Apa dah Jadi ... berpadalah dlm menunaikan permintaan anak2 ni. Kan boleh fikir baik buruknya. Mungkin si bapa fikir utk suka2 tapi rasanya tak sesuai la kan ... Sumber dr buletin utama @ tv3

Selangor FC seri lagi

Assalamulaikum & salam sejahtera
Nasib .... Selangor seri lagi. Kali ni seri menentang pasukan Sabah dengan keputusan 1-1. Dengan keputusan seri ini Selangor kini dikedudukan ke-6 Liga Super 2012. Apapun tetap percaya Selangor akan bangkit ... VIVA SELANGOR