Osbon Juara Maharaja Lawak Mega 2011

Osbon juara !!!!!
Ya itulah hakikatnya, Kumpulan Osbon yang dianggotai Mr.Os dan Abon menjuarai Maharaja Lawak Mega 2011 dengan memenangi hadiah Rm350,000. Wow banyak tu. Saya sebenarnya menyokong  kumpulan Boboi (Harun Salim Bachik & Afdlin Shauki) tapi apa boleh buat, nasib Osbon lebih baik untuk dinobatkan juara Maharaja Lawak Mega 2011. Boboi selaku naib juara membawa pulang hadiah RM250,000. Pergh .... banyak juga tu kan. Tempat ketiga pula dimiliki kumpulan Set yang membawa pulang RM150,000 manakala kumpulan Syok keempat dengan hadiah RM50,000. Apapun tahniah sekali lagi buat Osbon yang memang otai dalam lawak melawak ni ..... hakikatnya otai juga yang best kan. Ini video persembahan kedua Osbon yang memang lawak. Layan .....

video youtube oleh www.halalmarshmallo.biz

Buta Kerana Syurga

 Assalamalikum dan selamat ejahtera semua .....

Kisah yang diceritakan oleh Hazrat Sarri Saqti R.A tentang seorang wanita katika mana sedang berdiri hendak menunaikan solat tahajjud.
Wanita itu berkata, " wahai Allah, iblis itu juga hamba-Mu, aku tidak dapat melihatnya tetapi iblis dapat melihatku. Sesungguhnya Ya Allah, Engkau berkuasa ke atas iblis, tiada satu pun yang iblis dapat lakukan atas kekuasan-Mu terhadapnya.Ya Allah, jauhilah iblis daripada menghasutku supaya melakukan maksiat. Bertindaklah ke atas iblis sekiranya sekiranya dia melakukan tipudaya terhadapku. Aku memohon perlindungan-Mu daripada kejahatan iblis dan dengan pertolongan-Mu aku dapat menjauhinya ........

Hanyut dibelai lelaki Nigeria


Assalamualiakum dan selamat sejahtera ....

Tajuk entri kali ini kalau kata tak pernah dengar memang bohonglah kan. Tapi kenapa saya tulis pasal perkara ni ...
sebenarnya ada member di facebook yang share dalam wall saya. Bila saya pergi ke laman berkenaan, dan baca keseluruhan ceritanya memang keadaan ni amat teruk berbanding apa yang mungkin kita semua sangkakan. Perkara ni diceritakan sendiri oleh mangsa kepada penulis laman berkenaan yang mana penulis sendiri terlibat dalam operasi  pasukan polis dalam memberentas masalah ini. Mangsa terjebak setelah ditipu oleh seorang lelaki Nigeria. penulis juga meminta untuk kita kongsikan bersama rakan-rakan yang lain.Untuk mengetahui cerita sebenar serta gambar-gambar dalam operasi tersebut bolehlah ke laman penulis di .......

Majlis Keberkatan


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.

Bapa Pembangunan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera ....

Pertamanya sebagai rakyat Malaysia pastinya kenal siapa Tun Abdul Razak. Bukan nak cerita pasal sejarah hari ni, cuma hati terpanggil untuk buat entri ni lepas menonton dokumentari khas di National Geographic tentang perjuangan antara orang terpenting dalam merialisasikan kemerdekaan negara kita Malaysia.
Bagi saya setelah menonton dokumentari tersebut ternyata beliau adalah pemangkin utama kejayaan Malaysia setelah mengambil alih pentadbiran Malaysia dari Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 
Walaupun tempoh beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-2 agak pendek, hanya 6 tahun (22 Sept 1970 ~14 Jan 1976) tetapi jasa beliau amat besar buat Malaysia ........ 

Kemalangan dapat menguji sebuah persahabatan.

Dua pengembara dan seekor beruang
Assalamualaikum dan selamat sejahtera ....

Cerita ni sebenarnya biasa sahaja, rasanya dah biasa sangat dengar dari kecil dulu sampai sekarang. Ironinya cerita sebeginilah yang menjadi bahan peringatan terbaik untuk kita semua. Ceritanya begini :

Dua orang berjalan mengembara bersama-sama melalui sebuah hutan yang lebat. Saat itu tiba-tiba seekor beruang yang sangat besar keluar dari semak berhampiran mereka .....

Mface vs dRBuku

Kali ni saya nak cerita pasal 2 laman sosial yang telah dibangunkan oleh 2 rakyat Malaysia yang berjiwa besar.
Mungkin semua pernah dengar tentang kedua-dua laman sosial ni, mface dan juga dRBuku. Banyak cerita mengatakan mface adalah laman sosial pertama Malaysia. Mungkin nama mface a.k.a Malaysia Facebook itu sendiri sudah melambangkan Malaysia. Bagaimana pula dengan dRBuku ...... Siapa disebalik tabir kedua-dua laman sosial ini ?
Bagi saya dRBuku adalah laman sosial pertama Malaysia kerana telah bermula sejak awal Mac 2011 lagi .......

Angry Bird Paling Popular 2011



Nak tau mengapa mat burung ni paling popular tahun 2011? Saya rasa dari seumur baby hinggalah yang bergelar datuk semua kenal mat burung a.k.a AngryBird ni. Kat sini je dah terang-terang dia memang popular. Angry Bird bukan hanya satu fenomena biasa kerana dia popular di seluruh dunia. Bila dah seluruh dunia memang kaya la pemilik mat burung ni. Angry Bird secara amnya dikenali sebagai satu aplikasi permainan ........


Man Utd menang besar

Glory Man Utd, team kegemaran aku menang besar malam tadi (26 Dec 2011) dengan membalasah Wigan 5-0. Hatrik untuk Berbatov, 1 untuk Park Ji-Sung dan 1 untuk Antonio Valencia. Senyum lebar Valencia dapat jaringkan gol lawan bekas kelab lama dia. Masih ditempat kedua tapi sekarang mata dah sama dengan Man City ditangga teratas dengan 45 mata, cuma beza gol sahaja. Nasib Man City ... pergh seri 0-0 je dengan West Brom. Perebutan tahta kembali hangat. Yes!Yes!Yes!
Bagi aku yang terbaik apabila Berbatov membuktikan di masih pemain terbaik untuk Man Utd dengan jaringan hatriknya. Selamba je dia ambil sepakan penalti untuk jaringan ketiganya malam tadi. Aku memang harap Man Utd ....

Nasi Kerabu vs Nasi Ayam



Nasi Kerabu vs Nasi Ayam.... tapi kenapa ya? Bukan ada apa sebenarnya,nak dijadikan cerita saya terfikirkan nasi kerabu hari ini. Tapi malangnya kedai yang saya singgah untuk makan tengahari tidak menyediakan nasi kerabu. Pandang kiri, pandang kanan ...... nasi ayam yang saya nampak. Nampaknya hati semakin berubah untuk merubah keinginan terhadap nasi kerabu tadi.


Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com





Pencarian Blogger Aktif
Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
25/12/2011 hingga 31/12/2011

Mari kita ramai-ramai join 
nak join mesti kena syarat 
tapi syaratnya amatlah mudah
ish...ish...ish
syarat-syaratnya ialah

1. Terbuka kepada semua blogger
2. Buat entri tentang Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
3.  Sila copy coding yang disediakan dalam Blog Mialiana.com
4. War-warkan penyertaan anda kepada pengunjung-pengunjung blog anda
5. Blog anda perlu ada kotak jerit macam SHOUTBOX atau yang seumpamanya
6. Anda mestilah seorang blogger yang rajin 'UPDATE BLOG" & rajin 'BLOGWALKING'
7. Sila letakkan URL entri anda ke ruang komen entri BLOG MIALIANA 
mari kita join ramai-ramai Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
dah tentu boleh bantu untuk kita lebih mudah nak blogwalking nanti 
jika anda blogger aftif mari kita join sama-sama

Penebang pokok dan kapak tumpul


AL-KISAH pada masa zaman dulu ada seorang penebang kayu menerima pelawaan daripada seorang majikan untuk memotong pokok di hutannya.
Kerana gaji dan kerja yang dijanjikan sangat lumayan, penebang pokok itu bertekad untuk bekerja sebaik mungkin demi membalas budi dan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Ketika mula bekerja, majikannya memberikan sebilah kapak dan menunjukkan kawasan kerja yang perlu dilakukan dalam masa yang ditentukan.

Hari pertama bekerja, dia berjaya menumbangkan lapan batang pokok. Pada petangnya, selepas mendengar hasil kerjanya sangat baik, majikan itu memberikan pujian kepadanya.
Tajwid Pro

Durian oh Durian



Walaupun musim banjir telah mula melanda beberapa buah negeri di Semenanjung, ada penduduk yang terpaksa berpindah dan ada juga yang dalam situasi berjaga-jaga, namun bagi sesetengah negeri yang tidak mengalami banjir menikmati musim buah-buahan terutamanya durian. Kalau nak diceritakan sedap dan enaknya buah durian ni rasanya tak perlu kerana majoriti rakyat Malaysia memang menggemarinya. Mari kita baca sikit tentang durian yang terkenal bukan hanya di Malaysia tapi majoriti negara Asia tenggara ini.
Durian merupakan tumbuhan dari genus Durio yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara.

Hari Bersejarah

Razifredz
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
24 Disember 2011
ternyata hari ini adalah hari bersejarah penuh kecerian
hari sabtu yang ceria tapi seperti biasa
hanya aku yang tahu 
serta aku ingin memberitahu
akhirnya Razifredz Blog bernafas semula
walaupun lama untuk aku lahirkan semula
namun akhirnya terlaksana jua
dengan paltform berbeza
blogspot jadi taruhan
entah baik atau sebaliknya penampilan kali ini
andai ramai yang sokong Alhamdulillah
jika sebaliknya aku pasrah
mungkin aku masih perlu menongkah
ilmu dan persoalan
untuk jadi blogger yang baik dan tabah

wassalam