HASRULHASSAN.COM - Inilah BlogKu

Klik untuk Join
Kali ni saya join segmen dari hasrulhassan.com untuk follower dibawah 1000. Nak join senang je buat macam ni :



  • Nama anda sebagai blogger : Razif Mokji
  • Nama blog anda : Razifredz Blog
  • Tagline blog anda : Just Sharing

  • Mula berblog tahun 2010 lagi, masa tu guna platform wordpress. Jadi start 24/12/2011 baru serius berblog dan kali ni dengan platform blogspot pula. Dari cuma nak cuba sahaja, lama kelamaan jadi serius sebab berblog dapat menginspirasikan satu pemikiran yang lebih kedepan selain dapat berkongsi ilmu serta menjalin ukhwah. Bagi saya memang tak disangka berblog juga dapat mengatasi serba sedikit stress. Jadi rasanya terpulang kepada individu sebenarnya tentang mengapa dan kenapa mereka berblog. Terima kasih atas segmen ini.

    Menutup Kejahatan dengan Kebaikan

    Assalamualaikum & salam sejahtera
    Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah SAW, sabdanya : " Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus.
    Insya-Allah dari hadis diatas dapat memberi kita satu teguran yang sangat jelas untuk memansuhkan perkara jahat hanya dengan melakukan perbuatan baik. Justeru mengajar kita untuk mengingatkan diri kita agar sentiasa bersikap baik terhadap orang lain. Lantaran 2 perbuatan baik ini akan memperelokkan lagi taqwa kita kepada Allah SWT. Amin Ya Rabbal A'lamin

    Khasiat makan Belut


    Assalamualaikum & salam sejahtera
    Belut ... pasti semua kenal kan. Tapi ramai yang tak suka makan belut yang sebenarnya mengandungi pelbagai khasiat. Saya sudah pasti memang suka, lebih lagi jika dibuat sup. Mari kita baca serba sedikit tentang khasiat belut ni
    Khasiat belut dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.

    Sebelum Ayam, Selepas Kerbau

    Assalamualaikum & salam sejahtera
    Sebelum Ayam, Selepas Kerbau. Mesti semua dah tau kan. Telur mata kerbaulah apa lagi. Cuma kenapa di namakan Telur mata kerbau, itu persoalannya. Ada macam mata kerbau kot. Saya tak tau,anda semua bagaimana ... ada yang tau


    Apa dia Telefon Bimbit

    Assalamualaikum & salam sejahtera
    Telefon bimbit merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Sebagai tambahan kepada fungsi suara piawai seperti telefon, telefon bimbit kini mampu menyokong banyak perkhidmatan GSM tambahan, dan mempunyai ciri telefon bimbit tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas SMS bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi capaian Internet, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia (‘’Multimedia Messaging Service – MMS’’) bagi menghantar dan menerima gambar dan video.

    Preview Page baru di Razifredz Blog

    Assalamualaikum & salam sejahtera
    Hari ni nak bagi tau ada 2 page baru laman kite ni. 
    1. Liga Super Malaysia 2012
    2. EPL- English Premier League 2011/12
    Page ini untuk mengimbas jadual dan keputusan perlawanan serta kedudukan terkini dalam liga. Semuanya telah dikuasakan oleh widgets.soccerway.com. Kalau nak preview 2 liga ni, boleh la ke Razifredz Blog ye ....

    Djokovic Juara Terbuka Australia 2012

    Assalamualaikum & salam sejahtera 
    Djokovic juara lepas kalahkan Nadal dalam 5 set permainan yang mengambil masa 5jam 53minit sekaligus perlawanan akhir paling lama dalam sejarah Grand Slam. 
    Manakala Victoria Azarenka mengalahkan Maria Sharapova straight set untuk juara perseorangan wanita

    Hanya EDGE

    Assalmualaikum & salam sejahtera
    Hanya EDGE ... itu je la yang ada. Dah 4 hari kat kampung, malam ni baru boleh cerita. Tapi sikit je la, sekadar meluahkan rasa je (kononnnya). Nak buka blog ni je tunggu lama. Nak blogwalking memang2 la tak dapat. Sekurangnya boleh la juga nak buka internet ni, boleh la mengomel sikit. Ok cau dulu.

    p/s : Ahad baru balik Puncak Alam, masih bercuti di kampung (Kg. Lela Jasa, Kuala Krai, Kelantan)


    Peduli apa orang nak kata

    Assalamualaikum & salam sejahtera
    Peduli apa orang nak kata !!! itulah apa yang nak diceritakan hari ni. Sebenarnya ada rasa kurang senang dengan ayat tajuk entri ni lepas tonton satu drama kat TV dua hari lepas. Hari ni baru sempat nak cerita sikitlah. Kisahnya si A berpakaian seksi hendak keluar .....

    Preview Tajwid Pro

    Assalamualikum & salam sejahtera
    Kali ini nak kongsi tentang 'Bagaimanakah teknik terbaik untuk menguasai bacaan Al-Quran ala Arab'. Segalanya dibongkar oleh Ustaz Asraff Ayob pencipta 'Kaedah Jibril' yang popular. Setelah kejayaan 'Kaedah Jibril' yang ternyata berkesan dalam kaedah penghafalan Al-Quran. Kini muncul satu lagi kaedah 'Tajwid Pro' untuk "Bagaimana teknik termudah untuk kuasai Rahsia bacaan 'Ala Arab' bak Imam Masjidil Haram yang perfect makhraj, sifat serta hukum-hukum tajwidnya"
    Untuk penerangan lebih lanjut sila klik DISINI

    Rasa diri hebat

    Assalamualaikum & salam sejahtera
    Pernah tak kita rasa diri kita ni hebat depan orang ramai, terutama kawan2 lah kan. Rasanya semua pernah kan. Tak sikit, mesti rasa memang betul2 hebatlah kan. Apa baiknya sebenarnya rasa hebat ni. Baiknya boleh menambah keyakinan diri sendiri. Tapi ye ke macam tu. Kalau betul ok la, tapi kalau melebih2 tu lama2 kawan pun naik benci. Rasa hebat tu boleh tapi jangan sampai kita jadi ego dan bongkak. Setiap orang ada kelebihan terhadap sesuatu perkara yang orang lain akan kagumi dengan sendirinya. Tapi biarlah yang baik, jangan yang buruk pulak kan. Ada orang dia rasa hebat setelah mengenakan orang lain. Yang macam ni ape cerita kan. Jadi tepuk dada tanya selera sendiri, diri kita macam mana ......

    Hadiah Terbaik & Terburuk

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera
    Seorang ibu yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Luqman al-Hakim.Ibu itu berpesan, “Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan".Setelah disembelih .......

    Dalam hidup ada 7 perkara tak boleh ubah

    Dalam hidup ini ada tujuh hal yang tidak boleh kita ubah iaitu:
    1.Jenis kelamin dan jantina
    Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau lelaki .....

    Jangan jadi seperti rama-rama

     Kawan 
    Jangan biarkan dirimu .... seperti rama-rama
    Cantik namun akhirnya .... menjadi perhiasan di dinding
    Kawan
    Jangan biarkan dirimu ..... seperti lipan dan kala
    Berbisa namun akhirnya .... menjadi perhiasan di meja tulis
    Kawan
    Jadilah diri seperti matahari
    Membakar diri demi insan sejagat
    Kawan 
    Jadilah diri seperti bulan purnama
    Menerangi malam yang gelap gelita
    Menunjukkan jalan demi umat tercinta

    Kredit kepada Suara Firdaus untuk nukilan bertajuk "Kawan"

    Manfaatkan Pertemuan & Perpisahan

    Assalamualaikum & salam sejahtera
    Pertemuan & perpisahan
    Manfaatkanlah pertemuan biar menjadi kenalan
    Dari kenalan jadi berkasihan ...
    Kerana Tuhan
       Agar nanti bila berpisah kita kan tabah .....
    Dengarkanlah Pertemuan & Perpisahan

    Untuk Kalahkan Syaitan Perlu ada Ilmu


    Assalamualaikum & salam sejahtera
    KITA sebenarnya kuat dan boleh mengalahkan syaitan. Nak kalahkan syaitan bukan sekadar sebut sahaja, tapi kena ada ilmu dan tahu ‘sepak terajang’ syaitan kerana syaitan adalah musuh yang pelik.

    Selangor Kalah !!!!

    Assalamualaikum & salam sejahtera
    Selangor kalah !!!! Argh ..... hampanya. Kalah 1-0 dengan Felda United. Nasib baik Kelantan menang 2-1 dengan Johor FC. Kali ni 1 menang 1 kalah team kegemaran den. Apa ble buat, terima je lah.
     Keputusan penuh Liga Super 17/1/2012
    Perak 2 - 1 Negeri Sembilan
    Selangor PKNS 0 - 0 Kedah
    Singapore IIX 2 - 1 Kuala Lumpur
    Kelantan 2 - 1 JohorFC
    Felda United 1  - 0 Selangor
    T-Team 0 - 0 Sabah
    Serawak 0 - 1 Terengganu

    Sayang dan Hati

    Seindah kata sayang
    Biar manis di hati
    Jika berat membalas sayang
    Biar ringan hati menilai
    Andai sayang telah di nilai 
    Biar hati mula merungkai
    Andai ikhlas bicara sayang 
    Sematkan hati berteman kekuatan
    Istikharah serta panjatkan doa agar ada berkat dan petunjuk yang Maha Esa
    p/s : ungkapan berulam madah, andai ada tersilap sila tunjukkan jalan (komen)

    Chong Wei benam Tago

    Assalamualaikum & salam sejahtera
    Datuk Lee Chong Wei juara buat kali ke-8 Kejohanan Terbuka Malaysia. Kali ini dalam Maybank Terbuka Malaysia 2012 Datuk Lee Chong Wei membanam lawannya dari Jepun,Kenichi Tago dengan straight set 21-6 dan 21-13. Kejuaraan kedua untuk tahun 2012 setelah  menjuarai terbuka Korea minggu lepas. Datuk Lee Chong Wei menerima hadiah medal dan USD 30,000 manakala Tago menerima medal dan USD 15,200. Tahniah kepada DatukLee Chong Wei.

    Selangor 1 Man Utd 3

    Assalamualaikum & selamat sejahtera
    Selangor 1-0 Perak. Cayalah Selangor, janji menang dan yang penting belum kalah. Umpanan Amri Yahya tepat kepada Shafiq Rahim untuk gol kemenangan. Tapi hampa sikit untuk Kelantan seri pulak 0-0 dengan Selangor PKNS. Takpe, janji 2 team kegemaran belum kalah. Itu Liga Super Malaysia. EPL pulak team kegemaran Man Utd menang juga, 3-0 lawan Boltan. 1 gol tiap sorang, Scholes, Wellbeck & Carrick. Saya sokong team kegemaran sahaja. Menang kalah tu adat permainan. Kalau menang macam biasa gembira. Jika kalah terima aje, takkan nak mengamuk gara2 bolasepak pulakkan ... 

    Malu dan Iman

     Assalamualaikum & selamat sejahtera
    Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda : "Iman terbahagi kepada lebih daripada 70 bahagian (atau 77 bahagian). Bahagian yang paling afdal ialah ucapan  لاَإلهَ إلاَّالله dan yang paling rendah ialah menjauhkan perkara yang menyakiti dari jalan dan sifat malu juga adalah sebahagian daripada iman".  [Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain] 
    Dalam hadith tersebut Rasulullah telah menyebut secara khusus tentang sifat malu. Ini kerana sifat malu ......

    Shaun The Sheep

    Assalamualaikum & selamat sejahtera 
    Kali ni nak kongsi pasal kartun yang saya hari2 layan kat Astro cahnnel 615 jam 12.30 tgh malam. Kartun apa ... itulah dia tajuk entri ni, Shaun the Sheep. Mungkin ada yang pernah tengok kan. Syok layan kartun ni ... mengisahkan peladang yang bercucuk tanam dan memelihara beberapa jenis ternakan. Semestinya heronya adalah Shaun seekor bebiri yang cerdik yang banyak menyelesaikan masalah dibantu oleh anjing peliharaan tuan peladangnya. Mai layan satu klip dia .....

    Nama vs Jin


    Assalamualaikum & selamat sejahtera
    Hari ni nak berkongsi sedikit tentang satu perkara yang agak penting juga. Nama vs Jin, apa kaitannya ? Mengikut pengalaman pengamal perubatan islam Ustaz Sharhan terdapat beberapa nama yang sering berulang dalam senarai pesakit yang bertemu dengannya untuk mendapatkan rawatan. Nama2 ini sering menjadi .......

    Line Clear

     Assalamualaikum & selamat sejahtera ...
    Al-kisah nak kongsi je pasal semalam 11/1/2012 saya pergi lunch dengan wife kat Fareed Nasi Kandar Asli - Line Clear. Rasanya ramai yang tahu pasal Line Clear ni sebab dah pernah masuk Jalan2 cari makan (JJCM). Ini kali kedua makan kat Line Clear. Kali  ni best sikit pasal pergi awal, jam 12.10tgh dah sampai. Waktu ni pelanggan pun tak ramai lagi. Jadi senanglah nak pilih laukkan. Kalau tak ....

    BEN ASHAARI : BLOGLIST FEB 2012

    Assalamualaikum & selamat sejahtera ..
    Mari join tukar suka sama suka dari Ben Ashaari. Ala tukar suka sama suka blog link je. Nak join klik SINI.
    Razifredz Blog ni biasa2 je, tiada yang luar biasa hanya untuk berkongsi cerita. Berkongsi dari segenap cerita, itu sahaja. Kalau ok jomlah kita tukar link ye ...

    Kalau nak pastikan yang link korang dalam senarai klik pada page "senarai link"

    Pergh .... Kelantan !

    Assalamualaikum & selamat sejahtera

    Tahniah buat pasukan Kelantan yang membenam Singapore XII dengan keputusan 2-1. Macam biasa hero Kelantan, Norsyahrul Idlan Talaha dengan 1 gol dan satu lagi oleh pemain import Gaddar. Tapi pasukan favorite aku (Selangor) seri je 2-2 dengan Negeri Sembilan. Aik mana satu aku sokong ni Selangor atau Kelantan? No.1 aku sokong Selangor negeri kelahiran aku, pas tu baru Kelantan ... negeri kelahiran wife aku. Yang lain bukan dalam list aku aaaa ... sorry to say. Dua-dua menang itu bagus. Kalau salah satu pun dh ok la daripada dua-dua kalah .... 

    I'll Be Back

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera ..... 
     K-Pop ? sapa yang tak tau pasal k-pop ni kan. Nampak macam best tapi rasanya biasa je. Apa kaitannya dengan tajuk entri " I'll be back" ni. Ni tajuk lagu daripada kumpulan k-pop 2pm. Ada la juga tengok klip-klip  k-pop yang lain, tapi inilah satu-satunya yang nampak best. Tak tau la, bukan selalu tengok kan. Klip ni pun tak sengaja gak tengok pas tu .... best juga layan. Jom layan ... sekian

    Cabutan Bertuah Jersey Malaya


    Salam Sejahtera, Untuk pengetahuan anda semua, pada 6 Januari 2012 yang lepas adalah merupakan hari pembukaan http://jerseymalaya.blogspot.com

    Bersempena dengan pembukaan ini, JerseyMalaya telah mengadakan Cabutan Bertuah. Hanya Bloggers sahaja yg berpeluang untuk menyertai, langkah-langkah untuk turut serta yang sangat Mudah!
    Cuba nasib anda, mana lah tahu anda terpilih.
    Jersey Malaysia Untuk Dimenangi!


    HANYA 3 LANGKAH UNTUK SERTAI
    1. FOLLOW Blog http://jerseymalaya.blogspot.com
    2. Klik 'Like' juga di http://jerseymalaya.blogspot.com
    3. COPY Text di dalam Text Box di JerseyMalaya, Paste dan Post di Blog anda mengenai Cabutan ini.Beri Link kepada Entry anda di 'Comment'.

    Cabutan akan dibuat pada 6 Februari 2012. Pemenang adalah berpandukan Followers, Facebook Like, dan Entry di Blog anda.

    Blogger yang bertuah akan menerima Wang Tunai RM50 daripada JerseyMalaya.

    Sekian, Terima Kasih. 

    PESAN DIA , IBUKU .....

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera ....
    Pertama kali saya join segmen dari Benashaari.com ni. Segmen kali ini tajuk dia agak menarik bagi saya "Pesan Dia, Ibuku ....". itu yang membuatkan saya join. Kalau nak join caranya di SINI.
    Bercerita tentang pesanan ibu saya yang terakhir semasa saya balik ke kampung pada 1 januari 2012 lepas. Sebelum balik semula ke rumah saya di Puncak Alam, ibu saya mengingatkan saya tentang kesihatan saya yang masih belum cergas sepenuhnya kerana kemalangan sebelum Aidiladha tempohari. Seperti kebiasaan seorang ibu, banyaklah pesanan itu dan ini. Yang paling menyentuh saya pesanan ibu untuk menjaga isteri dengan baik. Jadi suami kene jadi suami yang terbaik katanya. Ok mak .... saya jawab, dia senyum bersahaja. Sebak pulak jadinya, tapi control je la. Setelah bersalam dengan kedua ibubapa, saya pun beredar balik ke rumah. I luv u mum ...

    PENGHUNI NERAKA YANG PALING RINGAN SIKSANYA

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera ...

    Rasulullah SAW bersabda : “Seringan-ringannya siksaan ahli neraka, iaitu seseorang diberi dua alas kaki dari api, maka otaknya menjadi mendidih sebab dari kedua alas kaki itu, sebagaimana mendidihnya air yang ada di dalam kendil, sampai tetangganya dapat mendengar mendidihnya otak tersebut. Gigi gerahamnya menjadi bara api, bibirnya menjadi bara api, nyalanya api itu sampai keluar dari dalam perutnya, dari kedua telapak kakinya. Orang yang disiksa seperti ini beranggapan bahawa dirinya termasuk penduduk neraka yang sangat pedih siksanya. Padahal sesungguhnya dia termasuk dari penduduk neraka yang ringan siksanya”.

    Ezani Juara Master Chef Malaysia Pertama

    gambar oleh astro.com
    Assalamualaikum dan selamat sejahtera ....

    Tahniah buat Ezani selaku juara Master Chef Malaysia yang pertama. Ezani membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai berjumlah RM100,000 serta berpeluang menerbitkan buku masakan sendiri ....

    Chong Wei Juara terbuka Korea Selatan

     Assalamualaikum dan selamat sejahtera ....

    Tahniah kepada pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, kerana menjuarai kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea di Seoul, Korea Selatan.
    Kemenangan ini bertambah manis apabila dapat menewaskan seteru utamanya Lin Dan dalam 3 set iaitu 12-21, 21-18 dan 21-13 ....

    Perhiasan Terbaik Dunia


    Assalamualaikum & selamat sejahtera
    SYURGA di dunia ini adalah rumah tangga yang bahagia, penuh dengan rasa sakinah, mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya, dengan berkahwin, suami tidak saja mendapat seorang isteri, tetapi seluruh dunia ....

    TAUGE agen kawal berat badan

    Assalamualikum dan selamat sejahtera ...

    Straight to the point ... mengapa TAUGE dikatakan salah satu egen pengawalan berat badan. Yang pastinya anda semua tahu apa dia TAUGE kan.
    TAUGE sebenarnya kaya dengan sumber asid amino (untuk protien), vitamin, mineral dan sejumlah serat. TAUGE juga mengandungi segala jenis vitamin seperti A,B,C,D,E dan K. Selain itu TAUGE mengandungi asid folik, sumber besi, kalium, kalsium, fosforus, magnesium dan zink yang bagus. TAUGE turut mengandungi fitokimia seperti astrogen yang dikenali sebagai isoflavon ......

    Qasidah Burdah

     Assalamualalikum dan selamat sejahtera .....

    Apa khabar semua hari ini, hari jumaat yang penuh keberkatan. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. 
    Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
    “Hari yang terbaik bagi kamu adalah hari Jumaat; jadi perbanyakkan selawat pada hari tersebut. Maka sesungguhnya selawat yang kamu ucapkan akan dibentangkan kepadaku. Para sahabat bertanya "Bagaimana pula selawat kami dibentangkan kepadamu sedangkan tubuhmu sudah hancur." Beliau bersabda "Sesungguhnya bumi tidak makan jasad anbiya" (Hadis Riwayat Abu Daud)

    Jom Dapatkan Telekung Percuma Dari Telekung Thaiyibah

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera ...

    Percuma ! tapi ada syaratnya. Ini contest terbaru dari Thaiyibah.com yang akan memberikan hadiah telekung kepada sesiapa yang bertuah nanti. 
    Thaiyibah.com adalah pengeluar telekung bumiputera sepenuhnya dan setakat ini telah mengeluarkan dua jenis telekung yang baik punya. Saya lelaki tak pakai telekung, tapi kalau wife saya bila dia tengok telekung thaiyibah ni dia suka yang jenis cotton kerana lebih selesa dipakai katanya. Manakala jersey adalah jenis yang kedua.
    Salah satu syarat contest ni kena beri satu nama baru untuk telekung keluaran akan datang. Saya memilih nama An-Nur sebab sesuai dengan solat yang membawa sinar cahaya kepada kehidupan kita semua. Syarat-syarat yag lain semuanya di SINI.
    Jom kita join ramai-ramai ...... harapan agar saya menang, itupun kalau ada rezeki.

    Terbaru dari Samsung Mobile

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera ...

    Terbaru dari Samsung Mobile .... amacam ada minat ? kita jenguk spesifikasi keempat-empat Android phone samsung ni

    Untuk info klik dibawah
    Samsung Galaxy Ace Plus
    Samsung Galaxy M
    Samsung Galaxy S II Duos
    Samsung Galaxy Y Duos


    Menarik dan tertarik

     Assalamualaikum dan selamat sejahtera .....

    Menarik dan tertarik pada USB drive ni. Sangat canggih ciptaannya. Ia berdimensi 3.1" x 1.1" keluaran  "Cryptex" device dan berkapasiti 4, 8 dan 16 GB. Harga dia dalam Us dollar, 8 GB = $130 dan 16 GB = $160. Nak dapat kat mana saya pun tak tau kalau kat Malaysia ni. Cuma nak kongsi betapa canggih ciptaannya, itu sahaja. Maklumat lanjut sila kunjungi laman Cryptex.  Disertakan 1 video untuk USB drive Cryptex yang canggih ni.


    Kredit http://ilonggotech.blogspot.com

    Setelah 10 hari

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera .....

    Setelah 10 hari, apa yang ada ? 
    Setelah 10 hari, dilahirkan
    Setelah 10 hari, berlaman
    Setelah 10 hari, berkelana dan berkenalan
    Setelah 10 hari, Alhamdulillah 100 sahabat bertaut
    Setelah 10 hari, terima kasih semua sahabat yang bertaut mahupun tidak
    Setelah 10 hari, aku akan terus bercerita dilaman ku ini
    sekian

    Back to School 2012


    Assalamualikum dan selamat sejahtera ....

    Selamat tinggal 2011 bersama kenangan suka dan duka serta azamnya sekali. Welcome 2012 dengan harapan tinggi melangit Insya-Allah.
    Apapun entri kali ini untuk adik-adik yang kembali bersekolah bagi sesi baru tahun 2012. Seperti biasa pasti bermacam-macam  ragam adik-adik yang baru hendak menjejakkan kaki ke tahun satu. Ada yang biasa sahaja, ada yang gembira, ada yang monyok je dan ada juga yang menangis ditinggal pulang oleh ibu-bapa. Terpaksalah jadi penunggu setia, silap haribulan sampai seminggu lamanya .....