Arctic Ice Free Gift #2 dari Mialiana.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ... Alhamdulillah semalam dah dapat free gift #2 dari Mialiana.com sempena menjadi rakan kempen Mialiana.com untuk Nuffnang Blogger of The Year DIGI WWWOW Award. Balik dari kerja petang semalam dapat mesej dari Bro Nizam wakil dari Arctic Ice untuk buat temu janji. Jadi kami janji untuk berjumpa di Kafe La Nansa di Bukit Jelutung Shah Alam untuk free gift #2 iaitu set air minuman tenaga Arctic Ice.

Air Tenaga Arctic Ice
Setelah berjumpa kami berkenalan dan berborak la. Best sembang dengan Bro Nizam ni, oarngnya cool dan peramah. Serba sedikit Bro Nizam menceritakan mengenai Arctic Ice yang menjadi penaja minuman tenaga untuk team bolasepak terkenal Manchester United.

Pen Drive Free Gift dari Mialiana.com

Assalamualaikum & Salam Sejahtera .... Free gift dari Mialiana.com sampai petang semalam. Balik kerja, sampai rumah wife terus bagi tau ada surat datang dari Johor. Memang sah dari Mialiana.com la tu. Seperti yang telah dijangkakan free gift berupa satu unit Pendrive Kingston 4GB.


Terima kasih diucapkan kepada Mialiana.com atas free gift ini. Dapatlah tambah koleksi Pen Drive. Dapat free gift ni sebab jadi rakan kempen untuk Mialiana.com untuk Nuffnang : Blogger of the Year sempena DIGI WWWOW AWARD 2012 yang baru je habis. Untuk pengetahuan semua Pen drive ni telah di sponser oleh TCS Global Resources. Sesiapa yang berdekatan dengan TCS Global Resources ni boleh la ke sana ye.

TCS Global Resources
19, Jalan Pembangunan
Taman Desa Rahmat
81200 Johor Bahru, Johor
Tel : 012-7363934 / 016-2104906
Faks : 07-2352027
Email : tcsglobal@yahoo.com
Kalau nak ikutkan rangking Mialiana.com untuk Nuffnang : Blogger of the Year sempena DIGI WWWOW AWARD 2012 pada tangga ke-2. Dengarnya pihak DIGI akan membuat pemilihan untuk Top 50 blogger dalam kategori Blogger of the Year ni untuk menentukan pemenang. Harapan agar Mialiana.com menjadi pemenang untuk tahun ini.  

Sekali lagi diucapkan berjuta terima kasih atas free gift ini. Razifredz Blog & Razifredz.com sentiasa menyokong Mialiana.com. Penghargaan yang terbaik daripada Mialiana.com. Semoga terus success.





Khas Mialiana.com untuk Nuffnang Blogger of The Year Award

Assalamualaikum & salam sejahtera .... Semalam 13 May 2012 tamat sudah masa pengundian untuk menentukan blog manakah yang bakal di mahkotakan sebagai Nuffnang Blogger of The Year yang dianjurkan oleh DIGI. DIGI WWWOW Internet For All Awards telah menyaksikan penyertaan yang agak besar daripada blogger seluruh malaysia. Memang ramai blogger yang mencuba nasib kali ini, tapi aku belum lagi bersedia untuk mencalonkan blog aku untuk Award yang besar macam ni. Syabas kepada DIGI kerana mengadakan award khas untuk blogger-bloger di Malaysia ni. Bukan hanya untuk Blogger of the Year sahaja, malahan ada lagi beberapa Award lain yang dipertandingkan.

Walaupun aku tak mencalonkan blog aku sendiri dalam Award ini, aku berbesar hati untuk menyokong penuh rakan blogger Mialiana.com untuk mempromosi dan mengundi beliau dalam  Nuffnang Blogger of The Year  DIGI WWWOW Internet For All Awards pada kali ini.





mialiana.com

Secara keseluruhannya aku kagum dengan usaha gigih Mialiana.com untuk Award terbaik ini. Sebenarnya ramai blogger yang bersungguh-sungguh mempromosikan blog masing-masing bagi meraih undi untuk memenangi Award ini. Bagi aku ini satu persaingan yang sihat antara blogger-blogger bertanding. Pada masa yang sama dapat mengeratkan lagi persahabatan antara rakan blogger yang turut mengundi blog kegemaran mereka termasuklah aku.

Berbalik kepada Mialiana.com, aku mula kenal blogger Mia ni tahun lepas. Aku kenal blogger Mia bukan kerana aku tersesat kat blog dia atau diperkenalkan oleh rakan blogger lain ataupun blogwalking, aku kenal dia dari Laman Sosial Dr. Rozmey iaitu dRBuku. Dari situ aku mula menjadi rakan blogger Mia sehingga kini. Mia ni sebenarnya salah satu mentor aku dalam dunia blog ni, banyak aku belajar dari Mia. Banner untuk Razifredz Blog kat bawah ni juga design daripada Mia.




Razifredz


Untuk kali ini Mialiana.com membuat promosi dengan hebat sekali. Kali ni Mialiana.com mencari rakan promosi daripada kalangan rakan blogger lain termasuklah aku dan ramai lagi blogger lain. Yang bestnya siap cari sponser untuk memberikan sedikit cenderamata kepada rakan blogger yang turut sama dalam mempromosikan Mialiana.com untuk Award Nuffnang Blogger of The Year ini. Aku tabik kat Mia ni. Kat bawah ni banner khas promosi yang rakan blogger promosi mesti pamerkan dalam blog masing-masing.




Vote Mia Liana Everyday
23 April - 13 May 2012


Secara ikhlasnya aku berharap Mialiana.com akan menang Award Nuffnang Blogger of The Year pada kali ini. Namun segalanya terletak ditangan pengundi-pengundi. Aku memang undi hari-hari punya, sebab nak tengok Mialiana.com menang. Apapun aku agak sedih sebab bila aku buka top 50 hari ni Mialiana.com kat tempat ke-2.  Adakah itu keputusan muktamad atau masih ada lagi penilaian lain ... aku pun tak tau. Andai itu bukan yang terakhir aku masih mengharapkan kemenangan keatas Mialiana.com.


Walau apapun keputusan aku tetap menyokong Mialiana.com sebagai rakan promosi untuk kali ini. Menang kalah adat pertandingan kan. Tapi yang tak sedap didengar pada pertandingan kali ini, ada rakan blogger yang memperkecilkan rakan blogger lain yang bertanding. Ada juga rakan blogger yang jadi bermasam muka semata-mata kerana Award ini. Bukan setakat bermasam muka sahaja, malahan link dan banner juga dikeluarkan dari blog semata-mata kerana Award ini. Rasanya langsung tak profesional blogger-blogger yang seperti ini. Aku pun tak faham kenapa jadi macam ni kan.

Akhir kata ... aku doakan semoga Mialiana.com sentiasa success dan terus menjadi rakan blogger aku.