Hanya kerana "Cuba Teka" Ben Ashaari

Assalamualaikum & salam sejahtera
Traffic laman Razifredz Blog ni tetiba naik mendadak dalam 30minit dari 12.30am ~ 1.00am pada 23/2/2012. Ni semua hanya kerana segmen "Cuba teka ! Cuba teka ! Kalau betul .. promote blog korang !! dari laman Ben Ashaari. Sapa yang tak kenal dengan En. Ben kita kan, blogger popular masa kini. 
Jadi disebabkan En. Ben meletakkan nama laman Razifredz Blog ni sebagai salah satu nama dalam teka-tekinya maka dengan otomatiknya traffic pun naik.

Top 23 Blog Malaysia Paling Popular

Assalamualaikum & salam sejahtera
Kali ini saya nak senaraikan Top Blog Malaysia paling popular. Blog2 ni memang ternyata popular kerana  mereka ini menang World Bloggers Award 2012 yang dianjurkan oleh MSMW2012 hasil daripada pilihan rakyat Malaysia. Popular kerana blog berkualiti atau blog ada ramai peminat. Banyak yang kita boleh belajar daripada Blogger-Blogger hebat ini untuk mencapai tahap yang mereka kecapi. Jadi mari kita jenguk blog2 tersebut untuk manfaat kita bersama. Mana tau satu hari kita pulak boleh jadi

Salam Perkahwinan Nazrin & Azean

 Assalamualaikum & salam sejahtera 
Tahniah & selamat menempuh alam perkahwinan pada sepupuku Nazrin serta isterinya Azean. Majlis telah dilangsungkan pada sabtu lepas 18/2/2012 di kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang.
Alhamdulillah ramai tetamu yang datang al-maklumlah Nazrin ni anak yang bongsu & yang terakhir berkahwin. Bongsu daripada 3 beradik, abang & kakaknya dah settle lama dah.

Segmen:Tambah Follower Sampai Pengsan

Lezza De Blog 
Assalamuaaikum & salam sejahtera
Kali ni Razifredz Blog join segmen dari Lezza De Blog. Join atas tiket jemputan tuan punya laman. So interesting untuk tambah follower. Nak Join ble la klik kat BANNER di atas tu dan due date dia 3/3/2012.

"Celaka betul" ... Jom tukar

Assalamualaikum & salam sejahtera
Apa khabar semua .. lain macam pulak tajuk hari ni kan. Itulah kebiasaan perkataan yang akan keluar daripada mulut sebahagian daripada kita semua bila ...... bila terjadi sesuatu yang tak berkenan di hati atau tak puas hati dng orang lain. 
Bukan hanya "Celaka betul" je, malahan banyak lagi perkataan yang tak sedap pun keluar. Habit atau ikutan sebenarnya. Rasanya lebih tepat  pada mulanya sebagai ikutan namun terlepas menjadi habit (kebiasaan).
Apa kata kita semua mulai hari ni, jom kita tukar sama2. Ubah kepada perkataan ...

Jumaat sebagai "Sayyidul Aiyam"

Assalamualaikum & salam sejahtera 
Salam Jumaat semua. Salam Sayyidul Aiyam, penghulu segala hari bagi umat Muhammad. 
Dari Abu Hurairah r.a katanya,
Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Maaf Bos, ingat saya je

Assalamualaikum & salam sejahtera
Masih belum sihat sepenuhnya daripada demam. Suami isteri demam, harap ada hikmat terbaik untuk kami. Al-kisahnya tempohari bila demam dh agak teruk pergi klinik, doktor bagi MC la 1 hari. Dapat MC call company bagi tau MC 1 hari. 
Minggu ni kerja shift petang. Bila dah MC maknanya tinggal 2 technician je yang stanby. Sepatutnya ok la juga walaupun kurang seorang, cuma kalau banyak change model memang tak terlayan 2 orang buat kerja. Rupa-rupanya bukan saya seorang je ....

Razifredz Blog direview Mr.Sepet.com


MrSepet.com
 Assalamualaikum & salam sejahtera
Terima kasih untuk MrSepet.com yang sudi review Razifredz Blog yang serba biru ni. Tak sangka pulak ada juga blogger yang sudi mereview laman yang tak seberapa ni. Ini kali ke-2, yang pertama dulu dari mialiana.com. Apapun terima kasih sekali lagi untuk mrsepet.com. Jom terjah MRSEPET.COM pulak.


WordLess WedNesday

Day 5

Selangor benam Kelantan

Assalamualaikum & salam sejahtera 
Yes! Yes! Yes! ... Selangor 2 - 1 Kelantan. Tahniah & Glory untuk Selangor. 1gol Syafiq Rahim dan 1 gol Basko Balaban untuk membinasakan rekod tanpa kalah Kelantan. Macam tu  la baru best. Harapan agar Selangor meneruskan rentak kemenangan ini untuk menjadi Juara Liga Super musim 2012 ini.
Untuk keputusan lain perlawanan serta kedudukan liga terkini klik DISINI

Bloglist : Sahabat Puteri Kasih

SAYA NAK MENJADI SAHABAT PUTERI KASIH
Tertarik nak join sebab banner dia menarik. Jom join sama2 dengan mengklik BANNER diatas sebelum  tarikh luputnya pada 21/2/2012. 
Faedah join bloglist Puteri Kasih
1) Dapat menjadi sahabat  kepada seorang tuan puteri yang sweet. hehehe
2) Hari-hari puteri akan singgah ke blog korang.
3) Puteri akan selitkan blog korang di entri-entri yang puteri publish (bergilir yer)
4) Puteri akan ping entri korang yang best-best ke dalam fanpage puterikasih.com (kalau rajin, silalah like Fanpage PUTERIKASIH.COM)


Aurat - Lelaki pun Wajib juga

Assalamualaikum & salam sejahtera
Amacam lelaki semua, adakah kita semua sedar akan kewajipan kita menutup aurat sama wijibnya dengan wanita. Dikala seantero pulusuk Malaysia membicarakan tentang perlunya keutamaan menutup aurat bagi wanita, lelaki juga perlu melihat aurat diri sendiri.

Kelihatan masa kini lelaki yang keluar kemana-mana hanya berseluar pendek yang menampakkan lutut mereka sudah menjadi ....

Selangor sekadar seri

Assalamualaikum & salam sejahtera
Apa boleh buat seri lah plak lagi Selangor ni. Keputusan 1-1 lawn  LionsXII. Nampaknya Irfan Bakti masih belum menampakkan impak sebenar sebagai jurulatih Selangor pada musim 2012 ni. Namun aku tetap menyokong pasukan Selangor 100%. Glory .. glory .. glory Selangor. Untuk keputusan penuh semua perlawanan dan kedudukan liga klik DISINI



Sekitar Sambutan Maulidul Rasul 1433

Assalamualaikum & salam sejahtera
Apa khabar semua ... harapan agar semua sihat2 belaka. Hari ni baru sempat nak buat entri pasal Sambutan Maulidul Rasul 1433 di Apartment Warnasari 3, Puncak Alam. Kat mana tu? disinilah tempat tinggal saya ....
Alhamdulillah segalanya berjalan sepertimana yang dirancang. Pada sambutan Maulidul Rasul kali ini .....

Chelsea VS Man Utd 3:3

Assalamualaikum & salam sejahtera
Tahniah buat Man Utd walaupun hanya seri dengan Chelsea.  Kebangkitan setelah ketinggalan 3-0 membuatkan Chelsea gigit jari untuk mengutip mata penuh di Stamford Bridge. 2 gol jaringan penalti Rooney dan 1 tandukan cantik Hernandez melenyapkan .....

Hamper saguhati

Assalamualaikum & salam sejahtera
Selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW .... Salam Maulidul Rasul semua. Marilah kita perbanyakkan selawat keatas Nabi Muhammad SAW untuk rasa kasih & sayang kita kepada junjungan. Malam ni projek siapkan 1 hamper khas untuk perarakan Maulidul Rasul 1433 kat tempat saya ni di Apartment Warnasari 3, Puncak Alam. Harapan agar segalanya berjalan lancar pada pagi 5/2/12 untuk acara perarakan Maulidul Rasul pada kali ini di tempat kami ...  wassalam

Jom Undi Denaihati.com

 Assalamualaikum & salam sejahtera
Rakan2 sekalian jom kita undi (vote) blog Denaihati.com untuk World Bloggers and Social Media Award 2012
Mari kita undi reramai. Kenapa nak undi Denaihati.com? Tak kenal maka tak cinta ... Kalau nak kenal dan undi Denaihati.com jom kita klik  DISINI
Nak terus UNDI - Sign Up dulu pas tu Undi klik DISINI
Pengudian berakhir pada 11.59pm, 6/2/2012 

Talapia Free

Assalamualaikum & salam sejahtera
Minggu lepas masa balik kampung adik ipar pergi bawa ke kolam talapia dia. Kolam dalam kawasan dusun pak mertua. Kolam ni baru je adik ipar usahakan. Ye la nak tambahkan pendapatan, buat masa ni jual dengan orang kampung je. Mungkin akan datang kalau ada ada rezeki boleh la besarkan lagi pasaran, katanya.
Jadi balik kampung minggu lepas makan talapia free la, pas tu dah memang2 la talapia ni ikan kegemaranku. Tangkap beberapa ekor, masak la apa2 menu yang patut. Settle ...

Happy Birthday Mustaqim


Assalamualaikum & salam sejahtera
Happy birthday untuk Mursyid Mustaqim 2/2/12.... yang comel dan dah tumbuh gigi lagi. Ye la dah setahun kan. Kejap je dah setahun anak sedara Pak Long ni ye. Ble ucap je la dari jauh, Pak Long & Mak Long di Puncak Alam, Mustaqim pulak kat JB. Ayah & Ummi Mustaqim tolong sampaikan ye. Pak Long & Mak Long doakan Mustaqim moga jadi anak yang soleh dan berjaya dunia serta akhirat. Mana tau ble jadi Mursyid kat mana2 nanti bila dah beso. Hujung minggu ni (5/2/12) kita jumpa kat wedding aunty Mustaqim di Seremban ye (weddding adik ummi Musatqim). Bye ....

Hari Pertama setelah 3 bulan

Assalamualaikum & salam sejahtera
Hari Pertama setelah 3 bulan ... kenapanya kan. So hari ni (2/2/12) hari pertama saya masuk kerja setelah 3 bulan saya MC. Rasa macam budak baru dapat kerja memulakan hari pertamanya ditempat kerja baru (kononnya).
Kekok semacam je rasanya bila masuk pintu pagar syarikat pagi tadi. Pak guard pun tengok lain macam je bila kereta saya masuk ... al-maklumlah dah 3 bulan kan. Alhamdulillah segalanya bermula dengan baik, rakan2 sekerja mula bertanya tentang kesihatan serta cerita sebenar kejadian hingga 3 bulan saya MC. GM saya pulak saje je dia tegur "hai lama tak nampak, ada ke takde sebenarnya". Saya jawab selamba, ada. Al-kisahnya ....

Mana lebih hensem

Amacam ... agak2 aku ble challenge tak Ustaz Don
Aku rasa lebih kurang je hensem aku ngan ustaz
Komen sikit

RM118,000 sebulan untuk Safee Sali

Assalamualaikum & salam sejahtera
Betul2 durian runtuh untuk pemain bolasepak profesional negara Safee Sali. Ditawarkan kontrak baru oleh Pelita Jaya FC dengan bayaran gaji RM118,00 sebualan (350juta Rupiah). Pergh ... lumayan betul. Dengan kontrak baru selama 2 tahun Safee juga menerima pelbagai

Happy Anniversary

Assalamualaikum & salam sejahtera
Alhamdulillah, syukur yang teramat kepada Allah SWT atas umur dan usia perkahwinanku. 1 Feb 2012 saya menerima ucapan ulangtahun perkahwinan dari isteri tercinta. Pergh ... ayat berbunga sikit ni.Ni dah tahun ke-9.