Alternator Avanza Kawan Rosak


Assalamualaikum & salam sejahtera ....
Salam jumaaat terakhir Zulkaedah 1435H sebelum melangkah ke tahun baru 1436H. Alhamdulillah dapat menolong kawan yang kerosakan alternator avanzanya malam tadi. Lebih kurang dalam jam 10 malam aku  dapat panggilan daripada kawan aku ( Aminul Bakhin) bagitau alternator avazanya tak berfungsi, jadi dah tak boleh cas bateri.  Katanya dia dah tersadai tepi jalan dan Alhamdulillah tak berapa jauh dari rumah aku. Kawan aku ni dalam perjalanan balik ke rumahnya di Kuala Selangor dan keretanya pula rosak berdekatan dengan rumah aku di Pucak Alam. Kebetulan aku pun takde apa2 hal dan memang ada di rumah, aku pun pergi ke lokasi kejadian. 
Dengan membawa beberapa peralatan aku pergi ke sana. Dalam masa yang sama kawan aku dah telefon seorang kawan makaniknya bertanyakan langkah2 yang perlu dibuat jika kerosakan alternator. Berbekalkan sedikit pengetahuan yang aku ada dan tips daripada mekanik tersebut aku memulakan kerja. Aku buka dahulu beteri avanza. Kemudian aku buka bateri kereta aku (Saga FLX) tanpa mematikan enjin. Seterusnya pasang bateri kereta aku pada avanza pula. Hidupkan enjin avanza dan Alhamdulillah hidup. Tanpa membuang masa aku dan kawan aku terus pergi ke rumah adik kawan aku di Puncak Alam juga. Sampai disana buka semula beteri di avanza dan pasang semula di kereta aku.

Masalah selesai buat sementara sebelum tukar alternator baru. Jadi malam tadi kawan aku bermalam di rumah adiknya dan pagi ni hubungi bengkel terdekat untuk tukat alternator avanzanya. Selesai .....

Antara langkah2 atau Tips yang boleh dibuat apabila alternator kereta rosak dalam perjalanan :

1. Tukar bateri lain (jika ada bateri spare)
2. Hubungi bengkel berdekatan untuk meminta bantuan (jika ada)
3. Minta bantuan rakan atau sesiapa untuk guna bateri kereta mereka dengan cara
  • Pastikan kereta yang anda minta bantuan adalah sama kuasa baterinya
  • Buka bateri kereta tersebut tanpa mematikan enjin 
  • Pasang bateri di kereta anda
  • Kedua2 kereta pergi ke bengkel berdekatan untuk pembaikan
  • Buka semula bateri di kereta anda dan pasang semula di kereta tadi
  • Selesai dan ucap terima kasih atau ajak ngeteh (cadangan)








Bantu Kawan Buat Tuntutan Socso


Assalamualaikum & salam sejahtera ...
Alhamdulillah tuntutan socso kawan aku selesai dan berjaya. Kisahnya kawan aku kemalangan jalanraya pada Julai 2014 yang lepas dalam perjalanan pergi ke tempat kerja. Kecederaan luka di tangan dan badan dan agak teruk patah 4 batang gigi. Juga mengalami sedikit keretakan pada tulang muka. Alhamdulillah dapat aku membantu dari segi cara tuntutan mengikut pengalaman aku. Al maklumlah sebab aku juga pernah kemalangan dan membuat tuntutan socso. Aku membantu dari bagaimana mahu membuat tuntutan, isian borang dan beberapa tips tuntutan. Membuat tuntutan socso kemalangan jalanraya sebenarnya tidak begitu susah. Kita perlu sediakan maklumat yang secukupnya dahulu sebelum membuat tuntutan. Insya Allah tidak perlu kerap berulang alik ke pejabat socso untuk tujuan tuntutan. 

Jimat Petrol & Elektrik dengan HDN Saving Card

http://razifredz.blogspot.com

Assalamualaikum & salam sejahtera ...
Kali ni nak kongsi tentang HDN Power Saving Card yang dapat membantu menjimatkan penggunaan petrol dan juga elektrik. HDN POWER SAVING CARD dihasilkan dari perkembangan teknologi terkini di USA & GERMAN. Salah satu bahan utama yang digunakan adalah Bio Ceramics yang menghasilkan Tenaga Scalar, Ion Negatif dan Far Infrared (FIR). Hasilnya mampu mengurangkan penggunaan Bahan Api 30%-50%. Amat sesuai untuk perjalanan jauh, sesuai untuk karburetor dan injection, menstabilkan kadar aliran arus elektrik daripada bateri. Membantu menstabilkan arus elektrik, membantu mengurangkan arus tenaga berlebihan, membantu mengurangkan kadar radiasi di dalam rumah dan mampu mengurangkan tenaga elektrik sehingga 30%.

Buku Anakku Penyejuk Mataku


Assalamualaikum & salam sejahtera ..
Berehat sebentar dan menyelak semula buku Anakku Penyejuk Mataku. Buku panduan yang amat berguna sekali untuk semua. Samaada yang sudah menjadi ibu bapa, yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata pertama atau sebagai bahan bacaan. Sesungguhnya cahaya mata itu satu anugerah yang amat ternilai, justeru ibu bapalah yang dipertanggungjawabkan atas perjalanan tumbesaran anak2. Buku panduan seperti ini amatlah penting bagi ibu bapa dalam membesarkan anak2. 

Siapa antara kita semua yang tidak mahu anak yang soleh dan solehah bukan. Seakannya dunia kini kesusahan membesarkan anak itu dipandang dari segi material seperti  memberi pakaian, makan dan minum juga menghantar ke sekolah. Akhirnya dari sudut kerohanian anak2 tidak begitu diambil berat dengan hanya mengharapkan sekolah sebagai input semata2.

Sabtu Kerja


Assalamualaikum & salam sejahtera ....
Layan ..... lama dah tak kerja pada petang sabtu. Terasa sangatlah tidak bersemangat, kerja tetap kerja. Jadual kerja minggu ni sabtu shift petang (3.00ptg~11.00mlm) kena kerja. So tak payah banyak soal, kerja macam biasa. Hahaha ... dah gilirannya macam tu apa nak persoal lagi. Jadi, selamat bekerja untuk aku dan rakan2 shift petang hari ni.