Jagung bakar je yang ada


Assalamualaikum & salam sejahtera
Jagung bakar je yg ada ... Jagung rebus belum masak lagi. Ok takpe beli je lah .. janji jagung.
Itulah dialog saya & isteri tadi masa dia call minta belikan Jagung rebus masa dlm perjalanan balik rumah tadi.
Asalnya memang malas nak pergi pasar malam, tapi bila isteri dah call pergi juga la. Ye la awal lagi .. baru 4.45ptg.
Mak saya pesan bila isteri mengandung kalau dia minta apa2 belikan je, janji bukan yg mengarut. Alang2 dah beli Jagung bakar tadi sambar juga la pecal kegemaran saya ... Kenyang ptg ni .....

Bawa aku pergi

Assalamualaikum & salam sejahtera
Bawa aku pergi ... nak kemana? adalah ... !! rasanya dah popular dah bawa aku pergi ni, semua dah tau ini tajuk lagu penyanyi kaka bekolaberasi dng zizan. Cuma yg saya rasa tak best lirik dia la. Melodi dia ok juga bila dengar. Lirik dia saya rasa macam nak bawa anak dara orang lari rumah jauh2 je. 
Jadi selidik la sedikit minta tolong saudara google kita, rupanya lagu ni dah KENA GAM dng kerajaan atas sebab lirik dia la. Katanya macam satu dorongan yg tak baik la kan. Tapi kalau bagi saya memang betul pun. 

Ops! Laman Web FAM digodam lagi?


Assalamualaikum & salam sejahtera
Laman FAM telah digodam oleh hackers tempatan pada 30 Mac 2012 yg lalu. Penggodam menyatakan ketidakpuasan hatinya dengan godaman seperti gambar diatas. Tapi yg menjadi persoalannya, FAM macam tak ambil endah pun bila digodam sebab ni dh kali ke-3 dalam masa 9 bulan. 2 kali oleh penggodam tempatan dan 1 kali oleh penggodam Tunisia .... apa pendapat anda tentang gondaman kali ni ????

60 Earth Hour pada 31 Mac 2012

Kempen 60 Earth Hour kembali untuk 2012
31 Mac 2012 - 8.30 malam
Kita tutup lampu selama 1 jam 
untuk bantu krisis kepanasan global

Last day untuk En. Zul


Assalamualaikum & salam sejahtera
Entri ni khas didedikasikan untuk En. Zulkifli Ibrahim yg hari ni 30 Mac 2012 merupakan hari terakhir utk En. Zul bekerja di syarikat kami JVC M'sia Shah Alam.
En. Zul adalah supervisor saya sblm dia ditukarkan ke department lain.
Apapun jutaan terima kasih kpd En. Zul atas segala ilmu yg diberikan kpd saya. Pohon ampun & maaf andai masa kita kerja bersama ada salah & silap serta terkasar Bahasa.
Selamat menempuh alam baru stlh 20 thn bersama JVC ... saya doakan yg terbaik utk En. Zul & keluarga.

I'm Watch

Assalamualaikum & salam sejahtera
Kali ni nak review satu gadget baru keluaran Blue Sky dari Itali iaitu I’m Watch. I’m Watch merupakan jam smartphone pertama yang mempunyai applikasi tersendiri. Bukan dari platform android, iOs, blackberry mahupun windows7. Namun boleh diintegrasikan bersama platform2 tadi. Seperti kebanyakan smartphone kini, I’m Watch diintegrasikan dengan touch screenyang menarik.

Nyaman pagi ni .... Hujan

Assalamualaikum & salam sejahtera
Apa khabar semua di pagi jumaat ni. Jumaat penghulu segala hari. Alhamdulillah pagi ni bangun hujan. Katanya andai hujan pagi sebelum subuh itu rahmat.
Namun rahmat itu harus kita fikirkannya. Kadang2 kita tak nampak pun ... ye ke rahmat. Hujan pagi2 kan susah nak pergi kerja. Nak bawa motor hujan .. nanti basah, malas nak pakai baju hujan .. alasannya. Nak bawa kereta pulak kang jem teruk, maklumlah hujan .. alasannya lagi.

RM25 denda untuk gadis tiang

Assalamualaikum & salam sejahtera
RM25 ... itulah denda yang dikenakan untuk 3 gadis melayu yang bekerja sebagai gadis tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai,  Negeri Sembilan. 
Denda dikenakan untuk kesalahan berpakaian seksi dan melakukan aksi ghairah di khalayak ramai. 
Masalahnya denda RM25 tu cukup ke buat ketiga2 gadis ni untuk berhenti terus atas apa yang mereka telah lakukan.
Rasanya mereka hanya tersenyum je bila dengar denda cuma RM25. Memang berita ni akan membuatkan mereka mahupun keluarga mereka mendapat malu, cuma berbaloikah denda yang dikenakan jika mahu mengelak kan mereka daripada insaf ......

sumber utusan online

School Boat di Bangladesh


Assalamualaikum & salam sejahtera
Kali nak kongsi tentang School Boat yg ada di daerah Natore, Bangladesh. Natore ni satu kawasan pedalaman yg mana jalan utamanya adalah sungai. Kalau dari ibu negara Dhaka, perlu 36jam perjalanan menaiki boat baru sampai.
Di Natore ni kemudahan infrastruktur sangat terhad termasuklah sekolah. Jadi sebuah bot telah diubah menjadi sebuah kelas utk memberi ilmu kpd anak2 disekitar daerah Natore.

Cukai Terlebih Bayar


Assalamualaikum & salam sejahtera
Hari ni pergi LHDN Shah Alam sebab nak settlekan cukai taksiran 2011. Kali ni baru nak daftar buat e-Filing.
Tahun dulu tak sempat. Jadi hari ni daftar & settlekan semuanya.  Jadi utk tahun 2011 "cukai terlebih bayar". LHDN pulak kena bayar balik.
Walaupun takde la beribu LHDN bayar balik, tak kisah la kan. Janji dapat balik. 2 minggu lagi baru dapat, katanya terus masuk dalam akaun.
Dah settle kat LHDN baru pergi kedai motor nak riki Modenas Ace115. Malangnya stock Modenas Ace115 habis, lusa baru sampai. Tauke kedai kata baru je ada orang angkat tadi. Aisemen .... nasib takde. Insya-Allah lusa kita repeat kalau ada masa ...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Seminar WordPress : Produk Baru Dari Akademi Denaihati

Assalamualikum & Salam Sejahtera
Kali ni nak war-warkan satu seminar yang akan diadakan oleh Akademi Denaihati. Denaihati.com telah menubuhkan satu akademi bagi membantu sesiapa yang mahu bergiat secara serius ataupun tidak dalam dunia blogging. Di sini saya sertakan promo daripada Denaihati.com untuk SEMINAR WORDPRESS anjuran Akademi DenaiHati.
Kini Denaihati mengorak satu lagi langkah baru dalam dalam industri blogging dengan memperkenalkan Akademi Denaihati. Di akademi ini kami menyediakan pelbagai kursus, seminar dan latihan untuk menjadikan blogging sebagai kerjaya yang mampu memberi pendapatan lumayan di samping mempromosikan bekerja di internet sebagai kerjaya yang bukan sekadar sambilan.

KFC Kota Damansara


Assalamualaikum & salam sejahtera
Alkisahnya semalam pergi Kota Damansara nak jumpa member lama. Member lama ni nama dia Kak Eyda. Kebetulan je sebenarnya nak jumpa dia. Kak Eyda ni sebenarnya nak jumpa orang kat Kota Damansara. Bila dah kebetulan saya pun ada masa, jadi berjanjilah dengan dia.
Kebetulannya lagi saya sampai awal pulak. Janji 5.30ptg jam 5.00ptg saya dah sampai. Bila dah sampai awal tu, masuk je Kota Damansara nampak tiang tinggi gambar atuk kfc.

Bloggeroid

Assalamualaikum & salam sejahtera
Kali ni nak memperkenalkan satu Aplikasi yang ada pada peranti android yang sesuai digunakan oleh blogger blogspot sekalian.
Aplikasi ni dinamakan Bloggeroid sepertimana tajuk entri ini la. Dengan Bloggeroid ni anda boleh terus mengupdate blog anda dimana jua (kalau ada line internet la ye). Maknanya anda tak perlu la tercongok depan PC atau laptop anda untuk update blog.
Kalau anda pengguna peranti android boleh la download DISINI.

Special pagi ni .. Nasi Goreng je


Assalamualaikum & salam sejahtera
Pagi ni bangun Macam biasa ... Lepas solat subuh wife cakap dia lapar. Lapar ? aisemen apa nak sarapan pagi ni. Disebabkan hari ni pun cuti, pergi la meriki kat dapur cari apa yang boleh dibuat sarapan.
Masuk je dapur nampak nasi dalam periuk tak habis malam tadi. Ting !!!! idea terus datang ... apa lagi nasi goreng la sarapan pagi ni.
Maka menggoreng nasi la gamaknya pagi isnin ni ... al-maklumlah wife tengah loya meloya pregnant ni. Nak keluar beli sarapan malas. 
Siap je terus hidang pas tu buat Milo panas kegemaran wife. Kejutkan wife dan bersarapan la kami nasi goreng dan milo panas .... Alhamdulillah kenyang.
posted from Bloggeroid

Dah buat tapi masih tak OK



Assalamualaikum & salam sejahtera
Macam2 ragam manusia termasuklah sorang doktor ni. Minggu lepas wife jumpa dia, katanya boleh tapi hari ni tak boleh pulak. Itulah kisahnya pagi ni. Balik kerja tadi sampai rumah kurang lebih jam 8pg terus hantar wife pergi klinik kesihatan kat Puncak Alam ni.
Minggu lepas dah bagi scan result pd doktor, tapi dia suruh buat yg baru (duit lagi tu). Doktor kata takpe buat kat klinik biasa je yg ada di Puncak alam ni. Tup tup ... pagi ni datang dia kata tak ok. Pergh .... apa ni doktor.

Teman setia


Assalamualaikum & salam sejahtera
Nampak tak gambar apa kat sebelah ni. Tau kan apa dia. Bahasa pasarnya mesin tekan air, kalau omputih sebut vending machine.
Haaaa ... itulah teman setia saya & rakan2 sekerja. Waktu rehat je itulah yg dihadap dulu. Masuk duit syiling ikut harga yg ditetapkan mengikut apa yg kita pilih.
Kalau la mesin ni rosak ... tak minum la jawabnya sebab malas nak pergi ke kantin.

Dah hari-hari, dah tak kisah

Assalamualaikum & salam sejahtera
Pagi ni balik kerja dr shift malam. Jadi burung antu le minggu ni dise
babkan kerja malam ni. Dah 2 hari berlalu, Alhamdulillah ok je .. balik tk rasa mengantuk sangat. Kalau rasa mengantuk sangat tu ai, nak drive pun payah sebab nak kena tahan ngantuk sekali.
Macam biasa jalan menuju ke Shah Alam dh tentu sesak. Nasib baikla balik, dr Shah Alam menuju balik ke Puncak Alam.
Kalau nak dilihat & difikirkan tahan betul mereka2 yg pergi kerja kena mengharungi kesesakan jalan raya setiap hari.

Senyum la sikit bro


Assalamualaikum & salam sejahtera
Kisahnya pagi ni pergi klinik nak scan baby dlm perut wife. Sementara tunggu doktor sampai kurang lebih 8.30pg, pergi la sarapan kat restoran berdekatan dng klinik tu.
Wife makan nasi lemak lauk sambal kerang & air milo, saya plk minta roti sardin & teh tarik. Jadi tunggu la roti sardin sampai.
Sedang layan borak dng wife, dtg org hantar roti sardin yg dipesan. Tapi hampa .... kenapa, sebab dia letak mcm tu je atas meja dng tk pandang sikit pun kat saya. Dah tu jauh plk tu dng saya. Lepas letak dia bg bekas tmpt letak sudu & garfu pas tu terus blah.
Aisemen.... Senyum la sikit bro dng pelanggan. Nasib baik la roti sardin dia ok, habis juga la. Tapi tkpe la, saya maafkan dia. Mungkin dia ada masalah kot. Tapi tk blh mcm tu kan ....
posted from Bloggeroid

Jom jadi Geng Kami Blogger Malaysia

GENG KAMI BLOGGER MALAYSIA
Kali ni Join Geng Kami Blogger Malaysia. Nampak menarik sebab boleh ramaikan kenalan blogger dari Utara singgah di Barat, terus ke Selatan sambung jalan ke Timur. Saya pula berasal dari SELANGOR. Naik belon boleh terus ke Malaysia Timur juga. Kalau nak join klik je kt gambar tu ye.
Razifredz nak Tag

3 Perkara Semua beres

Jabatan Rekod Perubatan

Assalamualaikum & salam sejahtera
Hari ni cuti tapi agak sibuk. Ada 3 perkara nak kena settle. Alhamdulillah semuanya dh beres seperti yg dirancang.
Perkara pertama hari ni pagi2 lagi dh bawa wife ke klinik kesihatan Puncak Alam utk daftar kehamilan. Keluar rumah jam 7.30pg .... semuanya settle jam 12.30tgh, biasalah ramai betul ibu mengandung kat Puncak Alam ni.

Pos Malaysia pun kena


Assalamualaikum & salam sejahtera
Macam2 penipuan yg berlaku sekarang ni. Kes penipuan melibatkan panggilan telefon ni masih terus berleluasa walaupun dah menjadi cerita hangat kat Malaysia. Ada je cara atau teknik penipu2 ni. Semuanya kerana duit mudah. Telefon orang pas tu minta maklumat peribadi. 
Kalau nak difikirkan, macam senang je orang kene tipu kan. Jawab panggilan, cerita serba sedikit pas tu boleh je terus bagi maklumat peribadi yg biasanya mesti diorang minta no. akaun.
Ye la ... sendikit2 ni pun sebenarnya dah prepair ayat2 power untuk kenakan orang ramai, sebab tu ada je yg terkena dng taktik diorang ni.
Yang terkini diorang guna nama Pos Malaysia pulak. Hai hai hai ... Pos Malaysia pun kene juga.

Amalan Doa mendapatkan Zuriat

Assalamualaikum & salam sejahtera
Apa khabar semua, harapan agar semua baik serta sihat seperti biasa. Alhamdulillah segalanya baik untuk saya dan isteri serta kandungannya.
Sepertimana yg saya nyatakan dalam entri yg lepas, saya mahu berkongsi serba sedikit amalan yg saya lakukan dalam usaha untuk mendapatkan zuriat. Alhamdulillah ianya berhasil setelah berbagai perkara saya cuba dlm tempoh 9 tahun perkahwinan saya.
9 tahun mungkin ujian bagi saya dan isteri, namun tidak dinafikan ada pasangan yg jauh lebih lama daripada kami. Jika anda dan juga pasangan masih belum dikurniakan cahaya mata, seharusnya janganlah berputus asa. InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya.

Alhamdulillah dah pregnant

Assalamualaikum & salam sejahtera
Alhamdulillah .... Syukur kpd Allah swt, wife dh disahkan pregnant 10 minggu. Dh 2 bulan, nak tunggu lagi 7 bulan lebih lagi. Syukur & dan teramat gembira sangat.
Anak sulung tapi yg kedua kali sebab yg pertama dulu gugur. Takde rezeki masa tu. Syukur sangat sebab dh tunggup 9 tahun lamanya untuk saat yg dinanti2 ni.
Mohon doa dr semua agar segalanya baik utk saya & isteri ....
Bagi pasangan yg lama menunggu & masih blm berhasil, janganlah putus asa. InsyaAllah pd entri yg akan datang saya akan kongsikan serba sedikit amalan yg saya telah lakukan. Wassalam


posted from Bloggeroid

Dah 2 minggu

Assalamualaikum & salam sejahtera
Apa khabar semua ... dah hampir seminggu tak update laman ni. Curi masa sikit ni. Bukan sibuk sangat pun cuma tubuh rasa tak sedap. Tak menentu rasanya, tapi bukan stress aaaaaa. 2 minggu dah rasa macam ni. Bukan saya sorang wife pun macam tu juga tapi dia lebih sikit la.
Macam2 rasa ada ... pening, tak sedap badan, loya dll. Kalau nak diikutkan simptom2 ni biasanya ...... apa ye? Alhamdulillah jika semua ni untuk satu perkara yang baik.
Tunggu je jawapannya bila dah jumpa doktor nanti. Harapan setinggi gunung ni .... he he he
Moga dalam sehari dua dapat la kurang sikit rasa tak sedap badan ni. Bila dah rasa macam ni nak buat kerja pun rasa malas je kan.
Terima kasih pada semua yg sudi jejak & singgah ke laman biru ni. Yang mana dah follow sini saya akan follow balik nanti. Bila dah rasa ok je nanti saya blogwalking jenguk rakan2 semua ....