Pos Malaysia pun kena


Assalamualaikum & salam sejahtera
Macam2 penipuan yg berlaku sekarang ni. Kes penipuan melibatkan panggilan telefon ni masih terus berleluasa walaupun dah menjadi cerita hangat kat Malaysia. Ada je cara atau teknik penipu2 ni. Semuanya kerana duit mudah. Telefon orang pas tu minta maklumat peribadi. 
Kalau nak difikirkan, macam senang je orang kene tipu kan. Jawab panggilan, cerita serba sedikit pas tu boleh je terus bagi maklumat peribadi yg biasanya mesti diorang minta no. akaun.
Ye la ... sendikit2 ni pun sebenarnya dah prepair ayat2 power untuk kenakan orang ramai, sebab tu ada je yg terkena dng taktik diorang ni.
Yang terkini diorang guna nama Pos Malaysia pulak. Hai hai hai ... Pos Malaysia pun kene juga.
Kalau ada terima panggilan dia kata dari Pos Malaysia dan minta maklumat peribadi, itu semua bohong. Kita boleh je terus telefon ke 1-300-300-300 untuk laporkan kpd Pos Malaysia.
Jadi berhati2 lah kita semua agar tidak tertipu oleh sendikit2 curi duit orang diam2 ni kan. Biasanya lanun2 ni mesti guna nama2 syarikat atau agensi yg popular2 je. Contohnya macam Pos Malaysia la kan.
Bila ada yg telefon minta maklumat peribadi dan katanya daripada mana2 agensi untuk tujuan itu & ini, baik jangan berikan dulu. Sebaiknya telefon semula kat agensi terbabit pas tu tanya sama ada betul ke ada sepertimana yg berlaku. Kalau tak telefon atau buat je laporan polis kan.
Apapun peringatan ini untuk diri saya sendiri juga & moga bermanfaat untuk semua

Akhirnya ... Al-Fatihah buat adik Nurul Nadirah (Dirang) yg meninggal dunia dibunuh dng kejam. Sungguh menyayat hati bila seorang kanak2 seusia 5 tahun diperlakukan sedemikian, dibunuh & dibakar.

6 comments:

  1. ya Allah ,sungguh kejam adik dirang tu dibunuh ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau nak cakap macam mana kan ... mmg tergamak betullah, peri kemanusiaan dh hilang

      Delete
  2. banyak sangat penipuan sekarang ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 penipuan dh timbul zaman millenium ni

      Delete