School Boat di Bangladesh


Assalamualaikum & salam sejahtera
Kali nak kongsi tentang School Boat yg ada di daerah Natore, Bangladesh. Natore ni satu kawasan pedalaman yg mana jalan utamanya adalah sungai. Kalau dari ibu negara Dhaka, perlu 36jam perjalanan menaiki boat baru sampai.
Di Natore ni kemudahan infrastruktur sangat terhad termasuklah sekolah. Jadi sebuah bot telah diubah menjadi sebuah kelas utk memberi ilmu kpd anak2 disekitar daerah Natore.
Uniknya school boat ni lengkap dng 1 bilik darjah yg ada kerusi, meja dan papan tulis serta 1 unit komputer. Seorang guru akan ditugaskan mengajar di School Boat termasuklah matapelajaran Bahasa Inggeris.
School Boat ni diwujudkan utk mengelakkan ibubapa tidak menghantar anak2 mereka ke sekolah. Sebabnya sekolah memang jauh dari tempat tinggal mereka.
Selain kanak2 School Boat juga menerima murid dewasa. Shidhulai Swanirvar Sangstha Foundation adalah organisasi yg bertanggungjawab mewujudkan School Boat ini. Bukan sahaja di Natore, malahan kebanyakan daerah di Bangladesh mempunyai perkhidmatan School Boat ni.
Saya rasa nak berkongsi tentang School Boat ni setelah melihat rancangan Globe Tracker di astro 707 TLC malam tadi. Betapa sukarnya mereka untuk memberi ilmu untuk anak2 bangsa mereka. Bersyukurlah kita di Malaysia ni kerana kawasan pedalaman pun sekarang ni dah ada sekolah.
Jadi anak2 Malaysia yg memang dah senang nak pergi sekolah, janganlah hampakan harapan ibu bapa anda.
Sekian

Video School Boat







Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

  1. wahhh.. pedalaman betul.. tak terfikir pula boleh belajar dalam bot...

    ReplyDelete