Dah hari-hari, dah tak kisah

Assalamualaikum & salam sejahtera
Pagi ni balik kerja dr shift malam. Jadi burung antu le minggu ni dise
babkan kerja malam ni. Dah 2 hari berlalu, Alhamdulillah ok je .. balik tk rasa mengantuk sangat. Kalau rasa mengantuk sangat tu ai, nak drive pun payah sebab nak kena tahan ngantuk sekali.
Macam biasa jalan menuju ke Shah Alam dh tentu sesak. Nasib baikla balik, dr Shah Alam menuju balik ke Puncak Alam.
Kalau nak dilihat & difikirkan tahan betul mereka2 yg pergi kerja kena mengharungi kesesakan jalan raya setiap hari.
Ye la, dah hari2 macam takde apa dah. Rasa dah tak kisah je. Kalaulah saya tak tau lagi la. Sesak sikit waktu balik tadi pun dah rasa .. aisemen banyaknya kereta.
Ok lah ye, bagi rakan2 yg hari2 terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya, berhati2 & berkhemahlah di jalan raya utk kebaikan bersama. Kesabaran sangat penting disaat2 yg macam ni. Gambar di bawah ni kat jalan Bukit Jelutung menuju ke Bandaraya Shah Alam. Ok
Wassalam







posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. aah...da rasa biasa dengan jem..bkn nak ckp bsr..tapi tu la hakikat kene terima..

    ReplyDelete
  2. Betul!! kalau kita redha dengan masalah jalan sesak tu..tak ler tension sangat...kekeke

    ReplyDelete