Assalamualaikum & salam sejahtera
Alkisahnya semalam pergi Kota Damansara nak jumpa member lama. Member lama ni nama dia Kak Eyda. Kebetulan je sebenarnya nak jumpa dia. Kak Eyda ni sebenarnya nak jumpa orang kat Kota Damansara. Bila dah kebetulan saya pun ada masa, jadi berjanjilah dengan dia.
Kebetulannya lagi saya sampai awal pulak. Janji 5.30ptg jam 5.00ptg saya dah sampai. Bila dah sampai awal tu, masuk je Kota Damansara nampak tiang tinggi gambar atuk kfc.
Perut tengah lapar ... apa lagi terus je pusing masuk KFC. Memang baru buka, sebab baru2 ni pergi Kota Damansara ni takde lagi.
Bangunan KFC Kota Damansara ni memang besar sebab dia bersatu dengan Pizza Hut. Sebab perut dah lapar, masuklah dalam KFC tu. Dalam dia memang menawan la, ala2 moden dan berbeza dengan KFC biasa yang lain.
Bila dah masuk tengok ramai bertul pekerja dia berbanding dengan customer yang datang. Rupanya pekerja2 nu masih dalam training. Maklumlah baru buka.
Kat KFC Kota Damansara ni dia guna cara baru. Kalau biasanya bila order kita tunggu sebentar untuk ambil terus apa yang kita order tadi. Kat KFC Kota Damansara ni lain. Ada dua kaunter berbeza, satu kaunter untuk order sahaja dan satu lagi untuk ambil apa yang kita order.
Bila dah order pas tu bayar dan dia akan bagi resit beserta nombor giliran menunggu untuk ambil order. Bila nombor giliran dah terpampang kat monitor baru pergi ambil. Dah ambil apa lagi ... makan la...
Gambar kat luar je sempat ambil. Bahagian dalam tak sempat sebab Kak Eyda dah call bagitau dia dah sampai. Nasib baik dah abis makan ayam, air je tinggal sikit tak abis. Kalau tak abis lagi, kasi bungkus la ... rugi wooooooo ...
posted from Bloggeroid
ooo.dah ada ea kt sana..boleh la singgah pasni
ReplyDeletetinggal kat Kota Damansara ke ... atau berdekatan je
Deletenak kfc jgak..
ReplyDeletehe he he
Deletebak sikit .... nyum3
ReplyDeletedh abis la
ReplyDeletesalam singgah sini (^_^)
ReplyDeletelama dah admin tak makan KFC...huhu
ada masa nnt ble la pergi ye
Delete