Talapia Free

Assalamualaikum & salam sejahtera
Minggu lepas masa balik kampung adik ipar pergi bawa ke kolam talapia dia. Kolam dalam kawasan dusun pak mertua. Kolam ni baru je adik ipar usahakan. Ye la nak tambahkan pendapatan, buat masa ni jual dengan orang kampung je. Mungkin akan datang kalau ada ada rezeki boleh la besarkan lagi pasaran, katanya.
Jadi balik kampung minggu lepas makan talapia free la, pas tu dah memang2 la talapia ni ikan kegemaranku. Tangkap beberapa ekor, masak la apa2 menu yang patut. Settle ...
kenyang aku makan nasi lauk talapia cecah budu .. he he he. Cecah budu tu, layan .. dah dapat isteri orang Kelantan memang wajib la kalau makan mesti ada budu.
Tak kisah punya, pasal makan ni takde la nak memilih sangatkan. Biasanya apa2 menu Kelantan yang mak mertua masak, hantam je. Mak mertua cakap, nasib baiklah menantu makan tak memilih senang nak masak. Macamorang selalukata, masuk kandang kambing mengembek, masuk keluarga kelantan membudu la gamaknya. Tak gitu semua .....


10 comments:

  1. talapia mmg sedap.wuhuhuhu....ikan talapia kolam saya dah kena curik...kejinya bebudak tu..

    ReplyDelete
  2. wah... byk nya ikan talapia.. best la dapat free.. kt srwk jarang dpt mkn..sedap2..huhuhu

    ReplyDelete
  3. tak bawak balik sket baka utk bela sendiri ke? :D

    ReplyDelete