"Celaka betul" ... Jom tukar

Assalamualaikum & salam sejahtera
Apa khabar semua .. lain macam pulak tajuk hari ni kan. Itulah kebiasaan perkataan yang akan keluar daripada mulut sebahagian daripada kita semua bila ...... bila terjadi sesuatu yang tak berkenan di hati atau tak puas hati dng orang lain. 
Bukan hanya "Celaka betul" je, malahan banyak lagi perkataan yang tak sedap pun keluar. Habit atau ikutan sebenarnya. Rasanya lebih tepat  pada mulanya sebagai ikutan namun terlepas menjadi habit (kebiasaan).
Apa kata kita semua mulai hari ni, jom kita tukar sama2. Ubah kepada perkataan ...
yang lebih baik sbg contoh zikir, atau gantikan dengan senyuman untuk meredakan apa jua yang terjadi.
Katakan tetiba ada orang terlanggar kita, kalau kebiasaannya kita terucap "Celaka betul dia ni .... apa kata kita gantikan dengan ... mungkin Masya-Allah ke, Allahuakbar ke ... sekurangnya dapat menenangkan rasa nak marah yang memang2 hasutan daripada syaitan.
Kadang2 salah diri sendiri pun nak juga cakap "Celaka betullah". Padahal kita yang bawa barang pas tu pegang tak betul dan terjatuh, pun kita nak "Celakakan juga. Secara tak langsung mendoakan keburukan pada diri sendiri.
Mungkin perkara ni nampak remeh, tapi siapa sangka andai sekecil perkara seperti ini sebenarnya mampu mengurangkan stress ...Mana taknya, jika stress kita pun mulalah, mencelakakan, membodahkan, membangangkan dan macam2 lagi perkataan tak sedap. Jadi macam mana stress nak kurang, namun jika kita senyum mahupun menzikirkan Allahuakbar atau zikir2 lain, insya-Allah stress pun akan bertambah kurang.
Amacam ... setuju tak dengan saya. Lagi cepat kita tukar ... lebih baik. Saya dah merasainya dan bersyukur sangat.
Moga bermanfaat untukkita semua .....

8 comments: