Maaf Bos, ingat saya je

Assalamualaikum & salam sejahtera
Masih belum sihat sepenuhnya daripada demam. Suami isteri demam, harap ada hikmat terbaik untuk kami. Al-kisahnya tempohari bila demam dh agak teruk pergi klinik, doktor bagi MC la 1 hari. Dapat MC call company bagi tau MC 1 hari. 
Minggu ni kerja shift petang. Bila dah MC maknanya tinggal 2 technician je yang stanby. Sepatutnya ok la juga walaupun kurang seorang, cuma kalau banyak change model memang tak terlayan 2 orang buat kerja. Rupa-rupanya bukan saya seorang je ....
yang MC, kedua2 kawan saya juga tak kerja hari tu. Maknanya tiga2 technician takda lah.
Salah seorang rakan saya tak hadir sebab adik dia meninggal dunia kerana sakit. Takziah untuk dia dan keluarganya juga Al-Fatihah untuk arwah adiknya. Yang seorang lagi MC sebab demam macam saya.
Apapun saya memohon berbanyak maaf pada bos saya kerana masalah yang tak terduga ini. Terima kasih yang teramat sangat pada kawan2 technician shift pagi & malam yang overtime untuk support shift saya. Ingatkan saya sorang je takde rupanya tiga3 takde .... belum pernah terjadi dalam sejarah department,ini yang pertama.


7 comments:

  1. hehe..sekarang ni musim demam.kat opis linda pon ramai gak mc

    ReplyDelete
  2. hehehe.. semoga razif cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. salam..

    semoga cept smbuh..iNSYAALLAH..
    demam n kesakitan itu rahmat Allah.. menarik dosa2 dr tubuh kte..hehe
    Alhamdulillah..encik bertuah..

    takziah jgk untuk keluarga rakan en.razif.

    jgn lupe mkn ubt.. :)

    ReplyDelete
  4. Pernah kena macam ni...kelam kabut aku dibuatnya..
    automatik budak normal kena Ot tambahan...heheheh Dan nasib baik budak2 ni semuanya OK sanggup kerja ....hahahha.
    U in luck bro..kawan2 u semua bagus2 mahu support...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa kita orang lain tolong, masa kawan nanti kita plak kene faham2 la kan

      Delete