Gementar Temuduga


Assalamualaikum & salam sejahtera ....

Gugup tu tidaklah, tapi rasa gementar tu agak teruk juga bila dah lama tak temuduga. Walaupun dah study apa yang patut dan berdoa, bila mula melangkah ke bilik temuduga memang gementar. Rasanya dah lebih 7 tahun sejak kali terakhir temuduga dulu. Kali ni temuduga untuk jawatan penyelia atau supervisor. Harap2 berjayalah setelah beberapa temuduga.


Hakikatnya walaupun banyak syarikat menawarkan temuduga, persaingan untuk mendapatkan jawatan yang diminta memang sengit. Sekarang ini banyak syarikat yang mahu memberikan gaji minima sahaja. Mungkin disebabkan keadaan sekarang yang agak sukar. Sememangnya kena bersaing pula dengan graduan2 yang baru habis belajar yang ingin juga mendapatkan pekerjaan.

Moga ada yang berjaya dalam beberapa sesi temuduga yang aku tempoh dalam 2 minggu kebelakangan ini. Aku kena lebih yakin semasa dalam sesi temuduga akan datang. Orang kata temuduga ni seperti menjual diri kepada orang lain. Betul juga, sebab kita perlu menceritakan tentang hampir keseluruhan pengalaman yang kita ada bagi jawatan yang kita minta. Perlu meyakinkan penemuduga agar apa yang kita ceritakan menarik perhatian mereka disamping menjawab dengan baik semua soalan2 yang diajukan.

Apapun aku kena terus berusaha sementara syarikat yang aku kerja sekarang belum tutup. Aku masih ada 2 bulan sebelum semuanya berakhir di syarikat sekarang.

Wassalam ............


2 comments:

  1. Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

    ReplyDelete
  2. takpe... boleh tu nanti. kena kuatkan semangat dan yakin boleh...

    ReplyDelete