Assalamualaikum & salam sejahtera ..
Berehat sebentar dan menyelak semula buku Anakku Penyejuk Mataku. Buku panduan yang amat berguna sekali untuk semua. Samaada yang sudah menjadi ibu bapa, yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata pertama atau sebagai bahan bacaan. Sesungguhnya cahaya mata itu satu anugerah yang amat ternilai, justeru ibu bapalah yang dipertanggungjawabkan atas perjalanan tumbesaran anak2. Buku panduan seperti ini amatlah penting bagi ibu bapa dalam membesarkan anak2.
Siapa antara kita semua yang tidak mahu anak yang soleh dan solehah bukan. Seakannya dunia kini kesusahan membesarkan anak itu dipandang dari segi material seperti memberi pakaian, makan dan minum juga menghantar ke sekolah. Akhirnya dari sudut kerohanian anak2 tidak begitu diambil berat dengan hanya mengharapkan sekolah sebagai input semata2.