Assalamualaikum & salam sejahtera
Salam Jumaat semua. Salam Sayyidul Aiyam, penghulu segala hari bagi umat Muhammad. Dari Abu Hurairah r.a katanya,
Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir
(datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita
adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab
lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan
petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang
Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini
(Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa
(Ahad) untuk kaum Nasrani.