Sabtu Kerja


Assalamualaikum & salam sejahtera ....
Layan ..... lama dah tak kerja pada petang sabtu. Terasa sangatlah tidak bersemangat, kerja tetap kerja. Jadual kerja minggu ni sabtu shift petang (3.00ptg~11.00mlm) kena kerja. So tak payah banyak soal, kerja macam biasa. Hahaha ... dah gilirannya macam tu apa nak persoal lagi. Jadi, selamat bekerja untuk aku dan rakan2 shift petang hari ni.

Arctic Ice Free Gift #2 dari Mialiana.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ... Alhamdulillah semalam dah dapat free gift #2 dari Mialiana.com sempena menjadi rakan kempen Mialiana.com untuk Nuffnang Blogger of The Year DIGI WWWOW Award. Balik dari kerja petang semalam dapat mesej dari Bro Nizam wakil dari Arctic Ice untuk buat temu janji. Jadi kami janji untuk berjumpa di Kafe La Nansa di Bukit Jelutung Shah Alam untuk free gift #2 iaitu set air minuman tenaga Arctic Ice.

Air Tenaga Arctic Ice
Setelah berjumpa kami berkenalan dan berborak la. Best sembang dengan Bro Nizam ni, oarngnya cool dan peramah. Serba sedikit Bro Nizam menceritakan mengenai Arctic Ice yang menjadi penaja minuman tenaga untuk team bolasepak terkenal Manchester United.