LHDN sasar RM110 Billion tahun ini

Assalamualaikum & salam sejahtera
LHDN sasar RM110 Billion pungutan cukai tahun ini. Ok ... agak2 banyak tak RM110 Billion tu. memang teramat banyak la kan. Tu la dia sasaran LHDN untuk tahun ni, maknanya pungutan cukai untuk tahun 2011 la tu.
Mengikut Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar, penerimaan kutipan cukai tahunan kira2 50% daripada Syarikat, 25% daripada Petroleum, 17% daripada Individu & selebihnya daripada bentuk cukai lain.
Penggunaan perkhidmatan e-filing juga dijangka akan meningkat daripada 2.5 juta pembayar cukai kepada 2.8 pembayar cukai. LHDN juga mahu mancadangkan agar e-filing diwajibkan keatas semua pembayar cukai di Malaysia.
Kalau kita nilaikan jumlah RM110 billion memang teramat banyak sangat. Tapi .... cukup ke jumlah RM110 billion tu untuk kerajaan Malaysia ? ....
Itulah persoalannya .... ini kerana hutang kerajaan Malaysia sebenarnya melebihi daripada kutipan cukai tahunan. Lebih kurang macam ni :

sumber beritasensasi.com

Macam tu lah keadaanya. Tapi tak dinafikan perolehan negara Malaysia bukan hanya daripada kutipan cukai tahunan. Masih ada lagi sumber2 perolehan lain.
Tarikh akhir untuk kita semua menyelesaikan penghantaran borang mahupun e-filing adalah pada 30April 2012 ini. Untuk sesiapa yang belum settle lagi, percepatkanlah urusan percukaian ni. Jangan tunggu disaat akhir baru nak tergesa2 buat.
Nanti bila dah akhir2 ditakuti ada yg terlepas pandang atau tersilap isi. Sepatutnya tak kena bayar, jadi kena bayar pulak. Alhamdulillah kali ni saya guna e-filing. Rasanya lebih mudah daripada mengisi borang dan yg bagusnya tahun ni LHDN kena bayar balik pada saya sebab cukai terlebih bayar.

Baca juga "CUKAI TERLEBIH BAYAR"

2 comments: