Model Baru

Assalamualaikum & salam sejahtera
Selamat bercuti semua sempena hari Pertabalan yang Di Pertuan Agong Malaysia ke-15. Tapi bagi yang kena kerja macam saya, kita kerjalah ye ... overtime kan ..
Minggu ni kerja shift malam, jadi OT pun malam lah. OT kali ni nak kena siapkan model baru. Malam ni yang kerja pun memang tak ramai. Dari 10 line, line saya je jalan khas utk model baru .. 1 line je operasi.
Suasana pun lengan semacam je. Tapi tak kisah la, model baru tetap nak kena settle. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.




Mesin takde masalah. Part preparation pun ok. Jadi nak jalankan model baru ni takde la tension. Kalau nak tau saya operate mesin SMT (Surface Mount Technology). Tugas saya operate mesin agar part dimountkan ke atas permukaan board (PCB) macam dalam gambar tu la.
SMT ni lah proses pertama utk apa jua produk yang mempunyai papan litar atau board atau PCB.




Untuk side pertama settle jam 4.00pg. Pas tu nak kena sambung side kedua. Setting mesin & part dan jalankan, stop jam 6.50pg. Stop bukan bermakna habis, ada lagi satu proses mesin belum settle. Yang belum settle ni saya serahkan pada rakan yang masuk shift pagi pulak. Bila dah maklumkan pada rakan shift pagi, jam 7.10pg saya melangkah pulang ... Lega dah abis dan balik.
posted from Bloggeroid

9 comments: