Angry Bird Paling Popular 2011



Nak tau mengapa mat burung ni paling popular tahun 2011? Saya rasa dari seumur baby hinggalah yang bergelar datuk semua kenal mat burung a.k.a AngryBird ni. Kat sini je dah terang-terang dia memang popular. Angry Bird bukan hanya satu fenomena biasa kerana dia popular di seluruh dunia. Bila dah seluruh dunia memang kaya la pemilik mat burung ni. Angry Bird secara amnya dikenali sebagai satu aplikasi permainan ........



mudah alih yang memainkan watak sebagai Burung yang mengawal telurnya daripada dicuri. Seperti semua sedia maklum, peranti mudah-alih menjadi semakin popular sepanjang tahun ini, dimana pengguna tablet dan juga telefon pintar bertambah dengan drastik. Mengikut laporan daripada Distimo Angry Bird merupakan aplikasi muat turun paling popular dengan 3 kedudukan dalam 10 aplikasi paling popular yag dimuat turun pengguna seluruh dunia. Laporan yang sama juga telah dikeluarkan oleh pihak Facebook dan juga Google.

 Itulah sebabnya mengapa Angry Bird menjadi satu fenomena luar biasa tahun 2011 ni. Tak kata orang lain, saya sendiri layan permainan Angry Bird ni. Bagaimana dengan anda ? Di bawah ni saya sertakan laporan yang disediakan oleh  Distimo untuk 10 aplikasi mudah alih paling popular bagi tahun 2011.























Sumber Amanz.my, Google

No comments:

Post a Comment