Namun bila pergi ke stall nasi ayam keinginan tadi mula hilang kerana sebenarnya hati masih mahukan nasi kerabu. Cari punya cari dekat stall yang ada di tempat makan tersebut tak ada juga rupanya. Akhirnya makan nasi putih lauk ikan patin masak gulai tempoyak dan disulami ulam raja dengan sambal belacan dan airnya teh ais je. Nampaknya lain hari baru ada rezaki makan nasi kerabu, Insya-Allah ....
Disini saya sertakan resepi nasi kerabu untuk anda semua, panjang betullah .....
Nasi Kerabu
Jom makan nasi kerabu…Nasi kerabu antara makanan favorite saya. Hubby
pun suka juga nasi kerabu ni.Bole cuba ikut resepi ni sebab sedap tapi
diubahsuai sikit oleh saya. Dah 2-3 kali jugak buat nasi ni.
Resepi Nasi Kerabu
Sumber : http://hanamemories.blogspot.com
Utk Nasi
* 3 cawan beras
* 4 cawan air
* 1 batang serai dketuk
* 2-3 daun limau purut
* sedikit pewarna biru
> Beras dbersihkan dan dimasak seperti biasa bersama2 serai,daun limau purut dan pewarna biru.
Utk Sambal Kelapa/Ikan
* 1/2 biji kelapa parut – ditumbuk sedikit (saya guna kelapa kering)
* 2-3 ikan kembung/selayang – dipanggang (saya guna mackerel in sunflower oil- basuh sikit)
* 4 ulas bawang merah
* 1.5cm halia
* 1 batang serai – hiris
* 1 sudu kecil lada hitam
* garam dan gula secukup rasa
> tumbuk bawang merah,halia,serai dan lada hitam.kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk sampai lumat.
> kemudian campurkan ngan kelapa parut dan disangai guna api yg kecil sehingga agak kering dan berderai.
Utk Kuah Sambal
* *5 batang cili kering
* *5 ulas bawang merah
* *2 ulas bawang putih
* *2 inci belacan- bakar dulu
* *1.5 inci halia
* 1 batang serai – titik
* gula merah n serbuk perasa jika suka
* 2 cawan santan
* asam keping
* garam
> tumbuk bahan yg bertanda *.
> didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
> masukkan bahan tumbuk, serai, gula merah dan asam keping.
> didihkan lagik hingga kuah agak2 pekat n kering.
> suaikan rasa dan angkat.
Utk Solok Lada (saya tak buat ni)
* 10 biji lada hijau – potong jgn putus dan buang biji
* 1/2 biji kelapa parut putih
* 4 ulas bawang merah
* 1.5 cm halia
* lada itam skit
* 2-3 ekor ikan kembung – ambil isi sahaja
* sedikit garam,gula dan perasa
> Tumbuk bawang,lada itam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
> tumbuk lagik hingga lumat.
> campurkan ngan kelapa parut dan sebatikan.
> sumbatkan ke dalam lada hijau. susun ke dalam periuk kukus.
> kukus hingga masak. *hana rebus ngan santan jer!
Utk Daging Panggang – bleh buat juga ikan goreng tepung, ayam panggang jika suka (saya tak buat ni..)
* daging lembu gred A @ daging btg pinang
* garam
* lada hitam
> gaulkan daging dengan garam n lada hitam
> panggang ngan suhu 200 selama 45minit atau hingga daging masak. jgn lama sgt nnti tak juicy!
Ulam-ulaman & bhn lain
* kacang panjang
* taugeh
* timun
* daun kesum
* kubis
* bwg jeruk
* telur masin
* keropok ikan
* sambal belacan

No comments:
Post a Comment