Mungkin semua pernah dengar tentang kedua-dua laman sosial ni, mface dan juga dRBuku. Banyak cerita mengatakan mface adalah laman sosial pertama Malaysia. Mungkin nama mface a.k.a Malaysia Facebook itu sendiri sudah melambangkan Malaysia. Bagaimana pula dengan dRBuku ...... Siapa disebalik tabir kedua-dua laman sosial ini ?
Bagi saya dRBuku adalah laman sosial pertama Malaysia kerana telah bermula sejak awal Mac 2011 lagi .......
dRBuku telah dibangunkan oleh usahawan terkenal iaitu Dr. Rozmey yang terkenal dengan produk pelansingan Jus Mate 5. Dengan menggunakan modal sepenuhnya oleh beliau kini dRBuku buku telah mempunyai lebih daripada 4000 ahli berdatar seluruh Malaysia.
Terkini mface yang baru sahaja dilancarkan pada pertengahan Disember 2011 dicetuskan hasil perkongsian idea AC Mizal bersama rakan kongsi juga pengasas laman itu, Tedy Teow. Dengan menampilkan lebih 40 artis terkenal Malaysia sebagai duta antaranya Afdlin Shauki, Zizan, dan Aril AF 7 bagi membantu mempromosikan
mface
Tepuk dada tanya selera, terpulang kepada anda semua mahu menyokong ataupun tidak. Tapi apa salahnya kita menyokong laman sosial dari Malaysia ni. Memanglah tak sehebat facebook atau twitter kan. Saya ahli berdaftar dRBuku sejak April 2011 lagi dan baru je hari ni daftar mface
Pasti ada kelainannya. Nak cuba bolehlah klik je icon dibawah ni ye ...
mface
dRBuku
No comments:
Post a Comment