Bapa Pembangunan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera ....

Pertamanya sebagai rakyat Malaysia pastinya kenal siapa Tun Abdul Razak. Bukan nak cerita pasal sejarah hari ni, cuma hati terpanggil untuk buat entri ni lepas menonton dokumentari khas di National Geographic tentang perjuangan antara orang terpenting dalam merialisasikan kemerdekaan negara kita Malaysia.
Bagi saya setelah menonton dokumentari tersebut ternyata beliau adalah pemangkin utama kejayaan Malaysia setelah mengambil alih pentadbiran Malaysia dari Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 
Walaupun tempoh beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-2 agak pendek, hanya 6 tahun (22 Sept 1970 ~14 Jan 1976) tetapi jasa beliau amat besar buat Malaysia ........ 
Antaranya adalah penyelesaian isu perkauman 13 Mei 1969 semasa beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Dasar Ekonami Baru (DEB) pula adalah sumbangan beliau yang terbesar setelah menjadi Perdana Menteri. DEB menetapkan dua sasaran yang asas, pertama mengurangkan dan pada akhirnya menghapuskan kemiskinan, dan kedua menyeimbangkan ekonomi mengikut kaum. Tun Abdul Razak meninggal dunia ketika berumur 54 tahun akibat penyakit leukemia. Beliau meninggal pada tahun 1976 sewaktu mendapat rawatan perubatan di London, dan disemadikan di Makam Pahlawan, berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan.
Itulah serba sedikit tentang Tun Abdul Razak  yang juga bapa kepada Perdana Menteri Malaysia kita sekarang Datuk Sri Najib. Untuk cerita yang lebih mendalam klik perkataan sebelah ni  Bapa Pembangunan


No comments:

Post a Comment