Walaupun musim banjir telah mula melanda beberapa buah negeri di Semenanjung, ada penduduk yang terpaksa berpindah dan ada juga yang dalam situasi berjaga-jaga, namun bagi sesetengah negeri yang tidak mengalami banjir menikmati musim buah-buahan terutamanya durian. Kalau nak diceritakan sedap dan enaknya buah durian ni rasanya tak perlu kerana majoriti rakyat Malaysia memang menggemarinya. Mari kita baca sikit tentang durian yang terkenal bukan hanya di Malaysia tapi majoriti negara Asia tenggara ini.
Durian merupakan tumbuhan dari genus Durio yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara.
Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Buah ini boleh membesar sehingga 30 cm (12 in) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya mempunyai berat antara satu hingga tiga kg (2 hingga 7 lb). Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih.
Ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap, ia dipanggil "raja buah" oleh penduduk tempatan. Sebahagian orang barat yang tidak tahan dengan baunya telah menggambarkan buah durian dengan gambaran seperti "makan kastard dalam tandas awam".
Berbagai jenis durian yang terdapat di Malaysia, salah satu yang terkenal adalah dari jenis durian D24 yang isinya memang sedap dan harganya juga agak mahal. Terkini ada yang menamakan durian Musang King yang katanya berasal dari daerah Gua Musang di Kelantan.
Berbagai kaedah untuk menentukan durian yang dibeli daripada pemborong adalah durian yang berkualiti. Antaranya ada yang menggoncangkan buah durian, ada yang menilai dari tangkainya, ada yang menilai dari segi baunya dan bermacam-macam lagi kaedah mengikut kepandaian masing-masing.
Jika saya yang membeli durian janji nampak durian itu cantik dari segi luaran sudah memadai kerana saya tiada kepakaran dalam memilih buah durian. Anda bagaimana...?
No comments:
Post a Comment