Aurat - Lelaki pun Wajib juga

Assalamualaikum & salam sejahtera
Amacam lelaki semua, adakah kita semua sedar akan kewajipan kita menutup aurat sama wijibnya dengan wanita. Dikala seantero pulusuk Malaysia membicarakan tentang perlunya keutamaan menutup aurat bagi wanita, lelaki juga perlu melihat aurat diri sendiri.

Kelihatan masa kini lelaki yang keluar kemana-mana hanya berseluar pendek yang menampakkan lutut mereka sudah menjadi ....
satu pemandangan yang biasa. Seakan kehidupan sekarang membenarkan perkara ini menjadi kebiasaan dalam masyarakat. Lelaki berseluar pendek tak kisah sangat pun, tapi bila wanita tidak bertudung bermacam bicara akan dikeluarkan.

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian hiasan dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
AL-A'RAAF Ayat : 26

Ingatlah semua, dosa tidak menutup aurat itu sama sahaja bagi lelaki dan wanita. Memang tidak dinafikan ada ayat Al-Quran khusus yang menitik beratkan  tentang aurat wanita, tetapi lelaki seharusnya juga perlu faham kerana segalanya akan kembali kepada lelaki.

Aurat seorang anak perempuan, bukankah bapa perlu mengajarnya terlebih dahulu diikuti dengan teguran dari masa ke semasa. Aurat seorang isteri, bukankah kewajipan suami untuk mengajar serta memperbetulkan dari masa ke semasa. 

Jika bapa atau suami tidak memberatkan persoalan aurat, maka ianya akan terus menjadi kebiasaan dalam masyarakat. 

Tepuk dada tanyalah iman ... moga bermanfaat untuk kita semua ... Wassalam
Batasan aurat lelaki & wanita klik SINI

6 comments:

  1. saya suka pakai seluar pendek yang tak nampak lutut...hehee

    ReplyDelete
  2. salam.. bgus entry nie..peringtan untuk semua..kdg2 kita terleka sbb ia sperti fenomena biasa dan tak ada siapa yg menegur.. tpi seharusnya lelaki tue kene tahu sbb dy pemimpin keluarga..jga hrus brusaha membimbg isteri n keluarganya..

    ReplyDelete
  3. salam.. sebaiknya celana panjang saja untuk keluar rumah agar lebih nyaman...

    ReplyDelete