Chelsea VS Man Utd 3:3

Assalamualaikum & salam sejahtera
Tahniah buat Man Utd walaupun hanya seri dengan Chelsea.  Kebangkitan setelah ketinggalan 3-0 membuatkan Chelsea gigit jari untuk mengutip mata penuh di Stamford Bridge. 2 gol jaringan penalti Rooney dan 1 tandukan cantik Hernandez melenyapkan .....
kegembiraan seluruh penyokong Chelsea. Chelsea bermula garang dengan jaringan sendiri Jonny Evan yang tertampan ke gol sendiri hasil gerakan cantik Sturridge dalam kawasan gol Man Utd. Hantaran cantik dari Fernano Torres tidak disia-siakan oleh Juan Mata untuk gol kedua Chelsea. Manakala gol ketiga hasil tandukan David Luiz hasil daripada sepakan penjuru Juan Mata.
Walaupun secara purata perlawanan di dominasi oleh Chelsea, perlawanan tampak tidak menyebelahi mereka walaupun setelah mendahului 3-0. Dalam perlawanan ini Fernano Torres masih lagi kempunan jaringan gol walaupun ada peluang terbuka untuknya. 
Keputusan seri ini masih meletakkan Man Utd di kedudukan kedua liga berbanding Man City gah dipersada liga setelah kemenangan 3-0  ke atas Fulham.
Untuk keputusan penuh semua perlawanan dan kedudukan liga klik DISINI


8 comments:

  1. kebangkitan yang menakjubkan buat United di stamford bridge......Glory2 Man United.....

    ReplyDelete
  2. penyokong MU mestu bersorak gembira

    ReplyDelete
  3. suke tengok bola luar negara..best! hihihi =.=

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya luar negara suka ... liga super pun suka juga ... Glory Red Giant (Selangor DE)

      Delete
  4. 3-0 belum tentu menang.. Man utd terbaikkk!

    ReplyDelete