Sekitar Sambutan Maulidul Rasul 1433

Assalamualaikum & salam sejahtera
Apa khabar semua ... harapan agar semua sihat2 belaka. Hari ni baru sempat nak buat entri pasal Sambutan Maulidul Rasul 1433 di Apartment Warnasari 3, Puncak Alam. Kat mana tu? disinilah tempat tinggal saya ....
Alhamdulillah segalanya berjalan sepertimana yang dirancang. Pada sambutan Maulidul Rasul kali ini .....
kami sertakan sekali dengan majlis Aqiqah bagi kawasan tempat tinggal kami. 
Jadi acaranya bermula dari 8.30pg lagi. Berkumpul dan didahului ucapan Pengerusi Surau Nurhijrah, kemudian berarak dan berselawat ke seluruh kawasan tempat tinggal kami, bermula di Surau NurHijrah dan berakhir juga disana.
Setelah acara berarak dan berselawat selesai, kami semua bersarapan pagi sambil didendangkan alunan nasyid dari anak2 di Apartment Warnasari 3 ini yang dibimbing oleh Puan Rohaya. Setelah persembahan nasyid selesai, pengumuman kemenangan acara perarakan dan telah dimenangi oleh Blok Alpinia Abadi pertama, Blok Melor Mewangi kedua dan Blok Kasuarina Salju ketiga. Manakala kumpulan penyertaan yang lain menerima hadiah saguhati.
Tahniah buat En. Yusri (Yoep) yang mengetuai Blok Alpinia Abadi atas kemenangan tempat pertama dalam acara perarakan Maulidul Rasul 1433 Apartment Warnasari 3, Puncak Alam kali ini.
Setelah acara perarakan dan selawat selesai, pada jam 11.00 pagi disambung pula acara gotong royong menyiang daging aqiqah dan memasak untuk makan tengahari dan juadah jamuan aqiqah hingga ke petang.
Acara disambung pada sebelah malam dengan solat maghrib berjemaah dan disusuli ceramah sempena Maulidul Rasul oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Rozailil yang juga dari kawasan Puncak Alam.
Setelah selesai ceramah diikuti solat Isyak berjemaah.
Setelah selesai solat isyak berjemaah, acara 1 hari ini diakhiri dengan jamuan masakan daqing aqiqah. Alhamdulillah sedap masakan Puan Gee dan Puan Ani serta kumpulan masak mereka.
Akhirnya ... terima kasih untuk semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan sambutan Mulidul Rasul 1433 dan Majlis Aqiqah Apartment Warnasari 3, Puncak Alam bagi tahun 2012 ini. Semoga Allah SWT membalas jasa baik anda semua.

2 comments:

  1. sambutan maulidur rasul bukan hanya pada perarakan... jgn lupa sunnah Baginda dijadikan amalan:)
    *Sama2 kita beramal:)

    ReplyDelete
  2. sama la kita.. berarak ke masjid.. berzanji.. dengar ceramah.. majlis cukur rambut.. berselawat.. bacaan ayat suci Al-Quran.. macam².. Alhamdulillah.. masih meraikan MAULIDUR RASUL..

    ReplyDelete