Amalan Doa mendapatkan Zuriat

Assalamualaikum & salam sejahtera
Apa khabar semua, harapan agar semua baik serta sihat seperti biasa. Alhamdulillah segalanya baik untuk saya dan isteri serta kandungannya.
Sepertimana yg saya nyatakan dalam entri yg lepas, saya mahu berkongsi serba sedikit amalan yg saya lakukan dalam usaha untuk mendapatkan zuriat. Alhamdulillah ianya berhasil setelah berbagai perkara saya cuba dlm tempoh 9 tahun perkahwinan saya.
9 tahun mungkin ujian bagi saya dan isteri, namun tidak dinafikan ada pasangan yg jauh lebih lama daripada kami. Jika anda dan juga pasangan masih belum dikurniakan cahaya mata, seharusnya janganlah berputus asa. InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya.
Jika anda berkelapangan bacalah entri ini sehingga habis kerana saya mahu berkongsi amalan serta pengalaman yg ada walaupun rasanya terlalu sedikit sahaja.

Dibawah ini ada beberapa langkah yg saya lakukan semata2 dari pengalaman saya sendiri :
  1. Amalkan doa dibawah untuk 40 hari berturut2 pada setiap solat waktu 5 kali sehari semalam 
  2. Amalan doa ini perlu kesungguhan daripada pihak suami kerana tiada cuti dalam bersolat
  3. Untuk isteri amalkan selagi mana masih belum hadir period
  4. Jadualkan masa anda bersama pasangan anda sekurang2 nya 3 kali seminggu
  5. Positifkan fikiran semasa bersama pasangan anda mungkin kali ini ada rezeki akan hadir
  6. Positif dan yakin dengan doa yg dipohon InsyaAllah akan ada jalan petunjuk daripada Allah swt
  7. Terus amalkan doa walaupun setelah cukup bilangan 40 hari, InsyaAllah ada petunjuk daripada Allah swt
  8. Sesekali buatlah solat hajat 
  9. Mohon juga doa daripada Ibu Bapa serta adik-beradik
  10. Jika anda ada mengamalkan apa jua pemakanan untuk kehamilan atau apa jua petua kehamilan teruskan sahaja, InsyaAllah dengan berkat doa yg berterusan akan ada rezeki untuk memperolehi cahaya mata kelak.
Amalkan doa dibawah ini

 رَبِّ لاَتَذَرْنِى فَرْدًاوَأَنْتَ خَيْرُاْلوَارِثِيْنَ

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً،إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

سُبْحَانَ مَنْ أَمْرُهُ بَيْنَ الْكاَفِ وَالنُّونِ

سُبْحَانَ مَنْ أَمْرُهُ إِذَآ أَرَادَ شَيْئًاأَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ

 Maksudnya :
Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi (Surah Al-Anbiya' ayat 89)

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan (Surah Ali Imran ayat 38)
Maha suci Tuhan yang urusannya antara "Kaf" dan "Nun"
Maha suci Tuhan yang urusannya apabila Dia menghendaki sesuatu, Ia berkata "Jadilah", maka akan jadilah

 Itulah amalan serta doa yang saya lakukan dalam usaha untuk memperolehi zuriat. Setelah 40 hari saya amalkan, saya teruskan sehinggah bulan yg keempat isteri saya tidak datang period selama sebulan. Alhamdulillah rupanya isteri saya telah hamil.
Diatas juga saya ada nyatakan jadualkan kekerapan bersama pasangan sekurang2nya 3 kali seminggu. Sebenarnya kekerapan bersama itu akan dapat mengaktifkan sperma2. Jika tiada kekerapan sperma yg lemah akan mati begitu sahaja. Ini kerana tidak semua orang mempunyai sperma yg betul2 aktif yg tidak memerlukan kekerapan bersama. Sperma yg kurang aktif hanya mampu bertahan kurang daripada 48jam sahaja.
Sebenarnya saya juga telah mencuba pelbagai cara sehingga antaranya berhabisan hampir ribuan RM namun masih gagal.
Bagi saya dan isteri kami sentiasa positifkan fikiran masing2 dalam usaha memperolehi cahaya mata. Maksudnya tidak menyalahkan satu sama lain, sedar akan kelemahan diri masing2 dalam merialisasikan impian memperolehi cahaya mata.
Kini kandungan isteri saya sudah masuk bulan ketiga dan sedang menjaganya dengan penuh rapi agar segalanya baik sehinggah baby dilahirkan, InsyaAllah.
Mohon doa daripada rakan sekalian untuk saya, isteri dan zuriat yg sedang dikandungkan. Saya juga doakan rakan2 yg masih menunggu mahupun sedang berusaha mendapatkan zuriat agar dipermudah serta dipercepat oleh Allah swt.
Apa jua yg saya ceritakan disini adalah semata2 pengalaman saya sendiri sahaja untuk dikongsikan bersama rakan sekalian. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua .... InsyaAllah
Wassalam

Sumber Doa buku RUQYAH ASAS PENGUBATAN ISLAM oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

5 comments:

  1. alhamdulillah tahniah buat bro razif...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih ats perkongsian ilmu ini..sy doakan tuan memiliki zuriat yg baik..sy akan amalkan doa ini brsama suami..insyaallah..^__^

    ReplyDelete
  3. Doa dan usaha amat penting untuk mendapatkan sesuatu dari NYa..
    Tapi segalanNya adalah ketetentuannya....
    dugaan yang datang adalah kerana IA mengingati kita..

    ReplyDelete
  4. Tahniah...! akhirnya... mudah-mudahan berkat dan selamat. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik.

    ReplyDelete