I'm Watch

Assalamualaikum & salam sejahtera
Kali ni nak review satu gadget baru keluaran Blue Sky dari Itali iaitu I’m Watch. I’m Watch merupakan jam smartphone pertama yang mempunyai applikasi tersendiri. Bukan dari platform android, iOs, blackberry mahupun windows7. Namun boleh diintegrasikan bersama platform2 tadi. Seperti kebanyakan smartphone kini, I’m Watch diintegrasikan dengan touch screenyang menarik.
Seperti android phone atau iPhone, pengeluar I’m Watch iaitu Blue Sky telah membina applikasi sendiri untuknya. Pengguna I’m Watch hanya perlu membuat muat turun sebagaimana android dengan aplikasi di google play.
Kebanyakan aplikasi popular seperti facebook, twitter, email, weather dan lain2 disediakan oleh pengeluar. Kini pengguna gadget di Itali boleh memilih jika hanya mahu menggunakan smartphone hanya dilengan mereka.


4 comments: