Nyaman pagi ni .... Hujan

Assalamualaikum & salam sejahtera
Apa khabar semua di pagi jumaat ni. Jumaat penghulu segala hari. Alhamdulillah pagi ni bangun hujan. Katanya andai hujan pagi sebelum subuh itu rahmat.
Namun rahmat itu harus kita fikirkannya. Kadang2 kita tak nampak pun ... ye ke rahmat. Hujan pagi2 kan susah nak pergi kerja. Nak bawa motor hujan .. nanti basah, malas nak pakai baju hujan .. alasannya. Nak bawa kereta pulak kang jem teruk, maklumlah hujan .. alasannya lagi.

Mungkin kadang2 kita perlu berfikir sedikit di luar kotak fikiran untuk melihat rahmat yg diberikan. Setiap orang berbeza cara Allah berikan rahmat. Ada yg terang2 & ada yg perlu menggunakan fikiran. Ada juga yg tak terfikir pun tapi menerimanya atas kehendak-Nya.
Jadi mari kita renung2 kan semula diri kita terutamanya diri ini. Mari kita sama2 cuba untuk tidak terus memperlekehkan setiap apa yg berlaku kepada diri kita, keluarga kita mahupun sekeliling kita. Moga ada ada rahmat terbaik dari Allah untuk kita selagi mana kita yakin dan terus memanjatka doa dan kesyukuran kepada-Nya ... Insya-Allah .....
















posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. Kalau tempat tiggal semewah tempat tinggal anda pasti akan nyaman lah...he nice posting

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tido mmg sedap kan .. tp saya tk tido pn lepas subuh tadi .. ada kerja nak buat walaupun ari ni kerja shift petang

      Delete