Apa dia Telefon Bimbit

Assalamualaikum & salam sejahtera
Telefon bimbit merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Sebagai tambahan kepada fungsi suara piawai seperti telefon, telefon bimbit kini mampu menyokong banyak perkhidmatan GSM tambahan, dan mempunyai ciri telefon bimbit tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas SMS bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi capaian Internet, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia (‘’Multimedia Messaging Service – MMS’’) bagi menghantar dan menerima gambar dan video.
Kebanyakan telefon mudah alih akan bersambung dengan jaringan selular pada stesyen pengkalan (‘’tapak sel’’), yang kemudiannya bersambung dengan jaringan telefon suis awam (‘’public switched telephone network – PSTN’’)Menurut memo dalaman, ‘’American Telephone & Telegraph’’ berbincang bagi membangunkan telefon tanpa wayar pada 1915, tetapi bimbang pelaksanaan teknologi tersebut akan melemahkan monopolinya pada perkhidmatan berwayar di Amerika Syarikat.
Perkhidmatan telefon mudah alih perdagangan pertama dilancarkan di Jepun oleh NTT pada tahun 1978. Menjelang November 2007, jumlah pelanggan telefon mudah alih di seluruh dunia telah mencecah.3 bilion, atau separuh dari populasi manusia (sungguhpun sesetengah pengguna memiliki langgan berganda, atau langganan tidak aktif), yang turut menjadikan telefon bimbit teknologi paling meluas digunakan dan peranti eletronik biasa di dunia.Terdapat juga kajian mengenai faktor penerimaan perkhidmatan telefon mudah alih

Sejak dipasarkan secara komersial kira-kira 10 tahun lalu, telefon bimbit mengalami perkembangan pesat dengan lebih 15 juta pengguna di Malaysia pada 2004, berdasarkan kajian yang dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).Daripada jumlah itu 61.1 peratus pengguna telefon bimbit adalah lelaki, manakala 38.9 peratus adalah perempuan.
Dari situ wujudlah beraneka bentuk teknologi telefon bimbit bermula dari teknologi Sistem Global Komunikasi Mudah Alih (GSM), dilengkapi pula WAP / GPRS sehinggalah ada yang boleh memuat turun muzik, dihubungkan ke Internet serta merakamkan gambar secara pegun atau visual. Hebatkan!
Alexander Graham Bell berjaya mencipta telefon pada tahun 1876 sekali gus membolehkan masyarakat seluruh dunia berhubungan antara satu dengan lain walaupun berjauhan.
Walaupun, sejak kematiannya pada 1922, teknologi telekomunikasi masih mengalami perubahan mendadak dan berkembang begitu pesat sekali, inovasinya diperbaharui oleh generasi kemudian hingga membolehkan manusia di bumi berhubungan dengan manusia lain sekalipun berada di bulan tanpa bantuan kabel.
Di Malaysia sistem telekomunikasi tidak berwayar analog (ETACS) mula diperkenalkan pada 1989. Sejak diperkenalkan, Malaysia menjadi antara pengguna sistem mudah alih berasaskan ETACS terbesar dunia yang mana ruang liputannya melebihi 90 peratus kawasan pendudukan.
Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan perkhidmatan telefon bergerak ATUR (Automatic Telephone Using Radio) 450 pada Mei 1985, telefon bimbit sudah menjalani evolusi yang begitu pantas, dari segi teknologi dan reka bentuknya.
Dua sistem digital yang pertama mula beroperasi pada 1992, iaitu GSM (Global System for Mobile Communications) di Eropah dan D-AMPS (Digital Advanced Mobile Phone Service) di Amerika Utara.
Sebanyak 9.5 bilion SMS dengan purata RM5 bilion dihantar pengguna telefon bimbit di Malaysia sepanjang 2004. 3.4 bilion pula direkod sehingga suku pertama tahun 2005. Teknologi terbaru bidang telekomunikasi adalah penggunaan QR Code yang melibatkan telefon bimbit berkamera.
Telefon bimbit pertama yang membolehkan sambungan Internet dan surat-e tanpa wayar adalah Nokia Communicator, yang dikeluarkan pada 1996, dengan itu mencipta kategori baru telefon mahal yang dikenali sebagai telefon pintar. Pada 1999 perkhidmatan internet mudah alih pertama dilancarkan oleh NTT DoCoMo di Jepun di bawah perkhidmatan i-Mode. Menjelang 2007 lebih 798 juta orang seluruh dunia mencapai Internet atau seumpamanya dengan menggunakan perkhidmatan internet mudah alih seperti WAP dan i-Mode atau sekurang-kurangnya menggunakan telefon bimbit dan bukannya komputer.

3 comments: