Assalamualaikum & salam sejahtera
Belut ... pasti semua kenal kan. Tapi ramai yang tak suka makan belut yang sebenarnya mengandungi pelbagai khasiat. Saya sudah pasti memang suka, lebih lagi jika dibuat sup. Mari kita baca serba sedikit tentang khasiat belut ni
Khasiat belut
dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus
protein dan 15 peratus lemak. Belut juga kaya dengan lemak, kalsium,
vitamin B, Vitamin D dan zat besi.
Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. Dalam perubatan tradisional, belut dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit.
Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. Dalam perubatan tradisional, belut dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit.
Bagi pengidap buah pinggang, belut dimakan hidup-hidup ataupun
dipanggang terlebih dulu. Limpa belut dipercayai mampu mengubati
penyakit lelah caranya, limpa belut salai, kemudian dibakar hangus akan
dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia. Selain itu amalan
meminumnya reneh sup belut dikatakan mampu mengubati penyakit lelah. Sup
belut juga mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan mengatasi masalah
lemah tenaga batin. Pesakit yang baru selepas pembedahan bagi
menyembuhkan luka dan kesan pembedahan dengan lebih cepat.
Belut ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh
menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan
kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu
mencegah hepatitis.
Amacam .. pasni cuba-cubalah ye, kalau tak gelilah. Setengah orang memang geli kerana bentuk tubuh belut yang panjang seakan ular. Muka belut ni pulak nampak ganas je kan, tu yang hampeh bila nak try.
Ada sapa-sapa nak try buat sup belut, ni ha resepi dia :
Amacam .. pasni cuba-cubalah ye, kalau tak gelilah. Setengah orang memang geli kerana bentuk tubuh belut yang panjang seakan ular. Muka belut ni pulak nampak ganas je kan, tu yang hampeh bila nak try.
Ada sapa-sapa nak try buat sup belut, ni ha resepi dia :
Bahan-bahan ( untuk 5 org makan )
- Belut - 250 gram
- Halia - 2 cm di hiris
- Lengkuas - 2 cm di hiris
- Serai - 2 batang
- air asam - setengah cawan
- garam
- gula
- lada hitam
- sedikit serbuk lada sulah.
- rempah sup bunjut
- rempah sup
- Bahan mayang utk menumis - 5 biji- bawang merah - 2 ulas bawang putih - 1 biji holander
Cara-cara
- tumiskan bahan2 yang telah dimayang.. serta masukkan halia, serai, lengkuas..
- kemudian masukkan air dan biarkan mereneh seketika.. serta rempah sup, serta sup bunjut..
- kemudian masukkan air asam, berserta, lobak, bunga kubis..
- masukkan isi ikan belut yang telah dipotong.. biarkan 5 minit kemudian perasakan dengan garam, gula, masukkan serbuk lada hitam berserta lada sulah..
- masukkan tomato.. apabila masak.. sedia untuk dihidang..
Resepi dari Cik Qaseh yang dikuasakan oleh myresipi.com
belut oh belut......hehehe
ReplyDeletemmm suke ke tak suke
Deletebab nak bersihkan belut tu.. geli.. licin semacam.. huhuhuhu.. belut ni sedap gak wat kuah laksa.. =)
ReplyDeletelayan je ...
Deletewaahh,..banyaknye khasiat dia, linda xpenah tau..bolehla amalkan utk hilangkan lelah ye. Tapi geli la dengan belut..camno ni
ReplyDeletehantam sajalah
DeleteWahh! Fikri pon suka makan belut, lebih² lagi kalau masak merah.
ReplyDeleteOrang-orang tua pesan.. kalau nak khasiat belut yang lebih, jangan cuci lendiran belut tu sampai licin.. biar jer ada sikit² lendiran tu bila nak masak :)
Waaa... bagus ni baru tau pasal cuci belut ni
DeleteKalau goreng sedap kot~~ kan??
ReplyDeleteble apa .... selain sup, ble masakpaprik, goreng biasa & tepung dll lagi
Delete