Assalamualikum dan selamat sejahtera ....
Selamat tinggal 2011 bersama kenangan suka dan duka serta azamnya sekali. Welcome 2012 dengan harapan tinggi melangit Insya-Allah.
Apapun entri kali ini untuk adik-adik yang kembali bersekolah bagi sesi baru tahun 2012. Seperti biasa pasti bermacam-macam ragam adik-adik yang baru hendak menjejakkan kaki ke tahun satu. Ada yang biasa sahaja, ada yang gembira, ada yang monyok je dan ada juga yang menangis ditinggal pulang oleh ibu-bapa. Terpaksalah jadi penunggu setia, silap haribulan sampai seminggu lamanya .....
Sebagai ibu-bapa kita perlu sedar menghantar anak ke sekolah bukan hanya untuk melepaskan tanggungjawab mendidik. Sebenarnya didikan awal terbaik adalah oleh ibu-bapa itu sendiri bermula di rumah. Anak-anak juga perlu ada rasa tanggungjawab terhadap alam persekolahan yang mereka tempuhi. Ingatlah adik-adik yang masih bersekolah, menuntut ilmu bukan hanya untuk pandai dan lulus peperiksaan, ia sebenarnya untuk membentuk sahsiah diri adik-adik sendiri. Belajar mengenal kehidupan dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik. Belajar untuk meletakkan diri dilandasan kehidupan yang sebenar.

Mohonlah restu kedua ibu-bapa sebelum pergi ke sekolah untuk mendapat keberkatan ilmu yang dipelajari. Hormati guru-guru yang mangajar agar ilmu menjadi manfaat yang terbaik kelak. Akhirnya setelah berusaha belajar, jangan lupa solat dan berdoa memohon kepada Allah swt agar seluruh perjalanan alam persekolahan adik-adik dipermudahkan dan Insya-Allah diiringi kejayaan. Semoga sesi 2012 adalah tahun kejayaan untuk adik-adik semua.
rindu zaman sekolah..zaman sekolah rendah..zaman mengadu domba dekat cikgu..ahaha
ReplyDeleteterasa ingin kembali semula ke sekolah :)
ReplyDeleterindunye nk skolah blk..huhu
ReplyDeleteDulu masa bersekolah asyik rasa malas je nak pergi ;)
ReplyDeleteanak2 sek,ibubapa yang kena disiplin,bgn pagi n siapkan anak2(saya la tu,sbb anak sek tadika je)hee
ReplyDelete