TAUGE agen kawal berat badan

Assalamualikum dan selamat sejahtera ...

Straight to the point ... mengapa TAUGE dikatakan salah satu egen pengawalan berat badan. Yang pastinya anda semua tahu apa dia TAUGE kan.
TAUGE sebenarnya kaya dengan sumber asid amino (untuk protien), vitamin, mineral dan sejumlah serat. TAUGE juga mengandungi segala jenis vitamin seperti A,B,C,D,E dan K. Selain itu TAUGE mengandungi asid folik, sumber besi, kalium, kalsium, fosforus, magnesium dan zink yang bagus. TAUGE turut mengandungi fitokimia seperti astrogen yang dikenali sebagai isoflavon ......
Dikatakan memakan TAUGE mampu mengawal berat badan kerana ianya rendah kalori. Sebagai contoh secawan TAUGE daripada benih kacang soya memiliki kira-kira 70 ~ 80 kalori sahaja. Jadi anda boleh menambah TAUGE dalam makanan anda tanpa perlu risau kalorinya.
Dikatakan juga memakan TAUGE lebih baik daripada memakan produk haiwan kerana mampu merendahkan tahap kolestrol dalam darah dan rendah lemak tepu.
Kandungan serat yang tinggi pada TAUGE  dikatakan mampu memperbaiki motiliti usus dan melegakan sembelit. TAUGE daripada kacang hijau dikatakan sumber baik lecithin dan baik untuk kesihatan hati. Lecithin mampu merendahkan tahap kolestrol dalam darah dan membantu merendahkan lemak dalam hati yang boleh membawa kepada kegagalan hati. 
Selain itu TAUGE juga dikatakan mampu mencegah masalah rambut dan kuku rapuh serta membantu melawan tanda-tanda dan gejala tekanan mental, fizikal dan keletihan.
Itulah serba sedikit tentang TAUGE yang mampu menjadi agen pengawalan berat badan. Apapun tepuk dada tanya selera. Amalan mengawal berat badan itu baik tapi harus dilakukan dengan cara yang paling bijak agar kesihatan kita dalam tahap yang terbaik. Buka ikut hati tapi berhati-hati.

Sumber Mingguan Wanita Jan 2012

7 comments:

  1. wah..sangat boleh kuruskan badan selepas ini buat mereka yang nak diet2.....

    ReplyDelete
  2. yup memang betol =]
    luv this entry..
    boleh try lepas ni (motif macam lah badan kt gemuk hehe)

    ReplyDelete
  3. nasib baik la memang suka makan TAUGE .... dh dlm progress utk menghari2kn makan TAUGE

    Izz teruskan, kalau G'han ikut suka la ye

    ReplyDelete
  4. tpi tk ley mkn bnyk2 coz kte org angin...

    ReplyDelete