Dalam hidup ini ada tujuh hal yang tidak boleh kita ubah iaitu:
1.Jenis kelamin dan jantina
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak
mampu mengubah roh orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau
wanita atau lelaki .....
2.Orang tua
Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu
seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! jika tidak
situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan
teguran memang tidak boleh berhenti.
3.Hari kelahiran
Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh
memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan
sesekali kita menyesalinya.
4.Bentuk Fizikal
Jika anda mempunyai rambut keriting, terima sajalah. Jika hidung kamu
kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah seadanya. Memang kita
lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan
hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan
tidak semula jadi.
5.Masa lalu
Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran.Justeru, ‘berdamailah’ dengan masa lalu demi membina masa depan.
6.Kedudukan dalam keluarga
Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya.
7.Suku bangsa
Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina.
Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita
berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.
Ada lima resipi untuk melakukan perubahan diri antaranya:
- Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda.Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.
- Lakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata.Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.
- Lakukan perubahan pada masa sekarang. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya.Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.
- Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan
bersungguh-sungguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan
sepenuh hati.Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri
untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa.
Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.
- Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu
mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita.Jika
perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk
berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama.
Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya.
Sumber Ust. Mohd.Zawawi Yusoh
betull...nadia setuju dgn entry ni..;)
ReplyDeleteterima diri seadanya dan yakin dengan diri sendiri..nice entry razif..:)
ReplyDeletedya pun setuju tp ada jugak nak tukar jantina..
ReplyDeleteye..btol tu..Benda tu semua tak kan dapat kita ubah sampai bila2..
ReplyDelete