Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda : "Iman terbahagi kepada lebih daripada 70 bahagian (atau 77 bahagian). Bahagian yang paling afdal ialah ucapan لاَإلهَ إلاَّالله dan yang paling rendah ialah menjauhkan perkara yang menyakiti dari jalan dan sifat malu juga adalah sebahagian daripada iman". [Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain]
Dalam hadith tersebut Rasulullah telah menyebut secara khusus tentang sifat malu. Ini kerana sifat malu ......
menyebabkan terhindarnya banyak perbuatan dosa seperti berzina, mencuri, mencarut, mendedahkan aurat dan sebagainya.Perasaan malu dalam kehidupan kita adalah jelas pendorong kepada melakukan amalan kebajikan seperti solat, zakat dan haji. Sifat malu juga merupakan sebab seluruh perintah Allah s.w.t yang lain dapat ditunaikan.
Sifat malu mengingatkan kita agar sentiasa menjaga maruah diri. Namun jika tiada sifat malu yang berlandaskan iman itu, mereka akan berfikir, 'apa peduli dengan kata-kata orang lain' tanpa memikirkan kesan atas perbuatan meraka yang sia-sia belaka.
Marilah kita jadikan sifat malu jalan terbaik untuk kita menghindar sifat-sifat yang tidak baik. Andai kita baru hendak bermula memuliakan sifat malu dalam diri kita, bersyukurlah. Kerana permulaan sesuatu yang baik untuk meningkatkan tingkatan iman dalam diri kita itu adalah barokah. Marilah kita sama-sama memohon daripada Allah s.w.t agar ditetapkan iman, moga kehidupan kita lebih baik kelak .... Insya-Allah
betapa pentingnya sifat malu kan dalam diri manusia ni..berdoa semoga dapat menjadi lebih baik dari hari ke hari..:)
ReplyDeleteye betul LL, moga dalamrahmat Allah kita semua hendaknya
Deletejemput dtg bagi pendapat utk entry terbaru sy..:)
ReplyDeleteamin =]entry yg menarik
ReplyDeletetQ utk prkongsian^^...
ReplyDeletenice entry
ReplyDeletewallpaper dekstop doodle percuma
ilmu yang bermanfaat..:D
ReplyDelete