Assalamualaikum & salam sejahtera
KITA sebenarnya kuat dan boleh mengalahkan syaitan. Nak kalahkan
syaitan bukan sekadar sebut sahaja, tapi kena ada ilmu dan tahu ‘sepak
terajang’ syaitan kerana syaitan adalah musuh yang pelik.
Mereka tidak pernah berputus asa daripada rancangannya untuk
menyesatkan manusia. Walaupun hanya sedetik; mereka sentiasa mencari
kesempatan untuk menunaikan tugasnya.
Syaitan boleh melihat kita daripada sudut yang kita tidak dapat
melihatnya dan mencuba pelbagai cara untuk memerangkap kita. Salah satu
daripada sifatnya ialah secara bersembunyi........
Taktik dan perangkap mungkin berbeza kepada seseorang kerana taktik
yang digunakan bergantung kepada masa, tempat dan situasi. Makhluk yang
dihalau daripada pandangan Allah itu berlawanan daripada apa yang
majoriti manusia fikir.
Syaitan bukanlah makhluk khayalan. Setiap
orang perlu berjaga-jaga dengan sebahagian ujian yang berlaku di atas
muka bumi ini yang berpunca daripada syaitan.
Ini kerana, selepas
menderhaka kepada Allah syaitan bersumpah untuk menyesatkan hamba Allah.
Kedegilan syaitan itu dinyatakan di dalam al-Quran.
Perkara penting untuk diingati ialah syaitan tidak mempunyai kuasa
bebas tanpa Allah Mereka diciptakan Allah dan berada di bawah kuasa
Allah sepenuhnya.
Syaitan adalah makhluk Allah juga dan hanya boleh melakukan sesuatu
dengan keizinan daripada Allah. Mereka ditugaskan untuk membezakan
manusia yang benar-benar beriman daripada mereka yang tidak beriman.
Syaitan hanya boleh bertindak dengan izin Allah dan apabila masa yang
diberikan kepadanya tamat, mereka akan dihumban ke dalam neraka bersama
golongan yang disesatkan.
Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi
neraka jahanam dengan jenis kamu dan dengan orang yang mengikuti kamu
di antara mereka kesemuanya.” (Surah Sod ayat 85).
Maka ingatlah syaitan sebenarnya tidak mempunyai kuasa ke atas
orang-orang yang beriman. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam ayat
berikutnya, syaitan hanya mempunyai kuasa ke atas mereka yang tidak
beriman dengan ikhlas dan sebenarnya.
Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat,
pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di
muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali
hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka.” (Surah al-Hijr ayat
39-40).
Syaitan tidak boleh menyesatkan manusia yang beriman kepada Allah
Memang benar, orang-orang beriman cenderung melakukan kesalahan tetapi
mereka tidak pernah putus asa daripada mengharapkan rahmat daripada
Allah dan segera memohon perlindungan kepada Allah dan bertaubat dengan
seikhlasnya.
Kita diberitahu di dalam al-Quran mengenai mereka yang boleh
disesatkan syaitan: Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas
orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya.
Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang
mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang
mempersekutukannya dengan Allah. (Surah an-Nahl ayat 99-100).
Ingatlah, syaitan hendak kita menjadi angkuh, sombong dan derhaka
kepada Allah seperti dirinya. Mereka mengarahkan kita melakukan
kejahatan dan perkara yang dimurkai Allah dan berkata sesuatu mengenai
Allah tanpa ilmu.
Mereka akan cuba menghalang kita daripada memahami kebesaran dan
kekuasaan Allah yang sebenarnya. Allah menerangkan bahaya ini di dalam
al-Quran: Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa
yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah
syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.
Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan
mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. (Surah
al-Baqarah ayat 168-169).
Usaha utamanya ialah untuk menakutkan manusia dengan kemiskinan iaitu
matlamat yang boleh dicapai sekiranya mereka boleh membuatkan manusia
lupa hari kiamat.
Tidak sedar bahawa semuanya di bawah kawalan Allah dan tiada siapa
yang boleh menghalang sebarang kebaikan yang Allah kehendaki,
orang-orang ini hidup tanpa sebarang perasaan bertanggungjawab dan
mereka melakukan segala kesalahan kepada Allah. Syaitan menjanjikan
(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat
kejahatan (kikir), sedang Allah menjanjikan untukmu keampunan
daripada-Nya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha
Mengetahui. (Surah al-Baqarah ayat 268).
Taktik utama syaitan ialah melalui tipu daya. Allah menerangkan tipu
daya ini “… dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,
yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia.” (Surah an-Nas ayat
4-5).
Sebagaimana diterangkan ayat di atas, syaitan mendekati manusia
secara senyap-senyap, melalaikan manusia dengan perkara remeh dan tidak
penting dan menampakkan kesalahan yang dilakukan seolah-olah baik kepada
mereka:
“Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk
merendahkan diri ketika datang seksaan Kami kepada mereka, bahkan hati
mereka menjadi keras dan syaitan pun menampakkan kepada mereka kebagusan
apa yang selalu mereka kerjakan.” (Surah al-An’am ayat 43).
Lebih penting lagi, hati mereka mereka dan berasa dirinya berada
dalam kebenaran walaupun sebenarnya mereka sudah terpesong dan membawa
diri mereka jauh daripada Al-Quran.
Dengan membelakangkan Allah mereka lebih dekat dengan syaitan, mengikuti caranya dan menjadi semakin biadab
Sumber Ustaz Zawawi Yusuf
tak ada manusia yg maksum kcuali Rasulullah SAW. Kuncinya di sini hanya jgn berputus asa dri rahmat ALLAH... bila dh buat dosa, jgn terus fikir diri dah tak layak utk berubah<--salah satu hasutan syaitan. Sebaliknya, imanilah bahawa ALLAH sentiasa menerima 'kepulangan' kita...
ReplyDeleteterima ksih atas perkongsian yg bermanfaat :)
ReplyDeleteterima kasih jugak atas perkongsian ilmu..:D
ReplyDeleteDemikianlah rahmat Allah pada hambanya,kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia....
ReplyDelete