Chong Wei Juara terbuka Korea Selatan

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera ....

Tahniah kepada pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, kerana menjuarai kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea di Seoul, Korea Selatan.
Kemenangan ini bertambah manis apabila dapat menewaskan seteru utamanya Lin Dan dalam 3 set iaitu 12-21, 21-18 dan 21-13 ....
Dengan kejuaraan ini Datuk Lee Chong Wei membawa pulang hadiah kemenangan  USD 78,000 manakala Lin Dan dengan USD 38,000. Kemenangan ini adalah yang pertama bagi kempen tahun 2012 ini. Tahniah sekali lagi buat Datuk Lee Chong Wei .... Malaysia Boleh !!!

2 comments: